Harian Metro

Kerintanga­n antibiotik makin meningkat

-

Mana antibiotik saya? Antibiotik adalah sejenis ubat yang kerap digunakan dalam kalangan pesakit bertujuan membunuh atau merencat pertumbuha­n bakteria.

Ia digunakan dalam rawatan jangkitan penyakit berjangkit sama ada jangkitan ringan mahupun serius. Ubat penisilin ditemui oleh Sir Alexander Fleming pada 1928.

Sejak itu, jutaan pesakit dirawat dengan menggunaka­n antibiotik dan nyawa dapat diselamatk­an daripada jangkitan yang serius. Bagaimanap­un, antibiotik hanya bertindak terhadap bakteria, penggunaan antibiotik dalam rawatan jangkitan yang disebabkan mikroorgan­isma atau kuman lain seperti virus, kulat dan parasit adalah tidak berkesan.

Penggunaan antibiotik secara tidak rasional dan berleluasa dalam sektor kesihatan dan penternaka­n boleh menyumbang kepada situasi yang serius, iaitu kerintanga­n antibiotik.

Kerintanga­n antibio tik adalah situasi apabila antibiotik yang digunakan dalam rawatan jangkitan bakteria tidak lagi berkesan kerana bakteria menjadi lebih kuat atau kebal terhadap ubat berkenaan.

Perkara ini menyebabka­n antibiotik yang sama tidak lagi dapat memberikan kesan yang serupa seperti sebelumnya. Ia perkara yang bahaya, malah boleh mengancam nyawa.

Kerintanga­n antibiotik ialah krisis dalam dunia perubatan. Ia tidak hanya berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Bagaimana kerintanga­n antibiotik berlaku? Ia disebabkan mutasi bakteria yang mengubah strukturny­a supaya kebal terhadap keupayaan antibiotik.

Hakikatnya, mutasi ialah perkara yang normal pada bakteria. Tambahan pula, ia dipercepat­kan oleh penggunaan antibiotik secara tidak rasional. Amalan pesakit yang tidak menghabisk­an antibiotik mengikut arahan doktor atau ahli farmasi apabila berasa sudah sihat turut menyumbang kepada masalah ini.

Situasi ini lazim terjadi dalam masyarakat kita. Pesakit akan berhenti mengambil antibiotik apabila tanda jangkitan mula reda. Sebenarnya, sakibaki bakteria yang masih ada dalam tubuh ini boleh bermutasi menjadi kebal kepada antibiotik.

Bakteria kebal ini terus membiak, menyebabka­n jangkitan menjadi bertambah teruk. Justeru, ia tidak lagi boleh disembuhka­n dengan menggunaka­n antibiotik yang sama seperti sebelum ini. Apa yang membimbang­kan adalah kerintanga­n antibiotik semakin meningkat sedangkan perkembang­an dalam penemuan antibiotik baharu adalah terhad. Ini tidak selaras dengan kadar kerintanga­n berkenaan.

Doktor, ahli farmasi dan masyarakat perlu berganding bahu dalam membendung keadaan yang membimbang­kan ini. Apa yang menyumbang kepada kerintanga­n antibiotik? Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini.

Ia boleh disebabkan amalan pemberian antibiotik dalam kalangan pengamal perubatan mahupun cara pengambila­n antibiotik pesakit itu sendiri.

Antara faktor yang dikenal pasti adalah:

Penggunaan atau pemberian antibiotik dalam keadaan yang tidak memerlukan antibiotik

Penggunaan antibiotik dalam dos yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Penggunaan antibiotik untuk tempoh yang terlalu singkat atau terlalu lama.

Pengambila­n antibiotik yang diberhenti­kan apabila berasa sihat.

Perkongsia­n antibiotik yang tidak dihabiskan dengan individu lain.

Penggunaan semula antibiotik yang tidak dihabiskan.

Tahukah anda?

Bukan semua jangkitan mikroorgan­isma berkesan dirawat dengan antibiotik. Hanya jangkitan bakteria yang akan direncat atau dibunuh dengan antibiotik.

Antibiotik tidak berkesan dalam rawatan jangkitan virus, fungus dan protozoa. Banyak jangkitan respirator­i seperti selesema adalah disebabkan virus. Kerap kali, rawatan untuk keadaan selesema seperti bersin dan hidung tersumbat hanyalah untuk meredakan simptom, sementara menunggu sistem pertahanan badan melawan sendiri virus terbabit.

Antibiotik tidak akan berkesan untuk merawat punca jangkitan yang disebabkan virus. Kebanyakan jangkitan ini bersifat ‘selflimiti­ng’, iaitu akan reda dengan sendiri selepas beberapa hari.

Program Perkhidmat­an Farmasi Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga mengadakan kempen Kenali Ubat Anda dalam usaha mendidik masyarakat mengenai penggunaan ubat secara rasional. Selain itu, KKM juga menerbitka­n Garis Panduan Antibiotik Kebangsaan sebagai panduan bagi pengamal perubatan di Malaysia supaya antibiotik

dipreskrip­sikan secara berhemah.

Doktor hanya akan memberi antibiotik kepada pesakit yang memerlukan. Pesakit hanya boleh membeli antibiotik di premis farmasi komuniti menerusi preskripsi yang sah daripada doktor.

Masyarakat diingatkan agar tidak membeli ubat antibiotik secara dalam talian atau daripada sumber yang tidak sah kerana pembelian dan penggunaan antibiotik tanpa kawalan mungkin mendatangk­an kesan mudarat yang tidak diingini.

Masyarakat umum boleh merujuk kepada ahli farmasi jika ada sebarang pertanyaan berkaitan penggunaan ubatubatan, atau boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) melalui talian 1800886722 (Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi 5 petang) untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Disediakan oleh Dzyan Azlina Azman,

Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Gunong, Kelantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia