Harian Metro

D LIHAT MASA DEPAN SENI BINA LANDSKAP

-

ibesarkan dalam persekitar­an landskap semula jadi Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM), membuatkan jiwa lelaki ini dekat dengan ketenangan dan rasa nyaman kehijauan hutan.

Menghirup udara segar dan mengharung­i suhu sejuk setiap hari, kerjaya sang bapa dalam sektor perhutanan membuka ruang kepada LAr Mohd Fadrillah Mohd Taib menikmati warisan istimewa tanah air.

Tanpa disedari, kelebihan itu menerbitka­n rasa minat dalam diri

Mohd Fadrillah untuk berkecimpu­ng secara serius dalam bidang seni bina landskap.

Memiliki perwatakan santai dan mesra, Pengarah Urusan Morphosis Design Sdn Bhd ini tidak lokek berkongsi pengalaman apabila mendedahka­n penglibata­nnya dalam industri landskap bermula sejak 1982.

“Sebaik menamatkan pengajian dalam perancanga­n bandar dan wilayah, saya terpilih untuk bekerja di bawah syarikat dari Jepun bagi membangunk­an Taman Tasik Shah Alam yang berfungsi sebagai tasik penahanan air sebelum mengalir ke sungai.

“Antara orang awal yang bertanggun­gjawab memastikan fungsi tasik buatan itu, pendedahan ini membuka mata saya mengenai masa depan seni bina landskap.

“Berbanding dulu, pendedahan kerjaya agak terhad buat pelajar sekolah dan kami sering disajikan dengan pekerjaan profesiona­l lain.

“Tertarik dengan

Mohd Fadrillah bimbang pembanguna­n ikut trend ‘keterlalua­n’ kikis identiti setempat

keindahan kehijauan flora memberi nilai tambah terhadap satu-satu lokasi, mendorong saya menceburi bidang ini.

“Lantas, saya membuat keputusan untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang reka bentuk landskap. Malaysia sebuah negara yang kaya dengan warisan terbaik dunia, ia bukan saja merangkumi keunikan bangunan tinggalan sejarah, kepelbagai­an budaya dan adat, bahkan merujuk kepada sumber semula jadi yang ada.

“Sumber semula jadi ini termasuk pantai, laut, air terjun, sungai, hutan, bendang, kampung tradisiona­l dan sebagainya yang memiliki identiti tersendiri mampu mempromosi­kan Malaysia ke mata dunia. Malah ini juga tarikan kepada pengunjung luar untuk datang ke Malaysia.

“Kerakusan manusia dalam mengejar pemodenan dan pembanguna­n antara isu yang saya bimbangi. Teknologi baharu dan kehendak sosial baharu (trend) antara cabaran masa kini.

“Mengikuti trend terkini tanpa menitikber­atkan aspek persekitar­an bukan sahaja mengancam kewujudan warisan sedia ada, bahkan menutup peluang generasi muda menikmati kehijauan yang kita warisi hari ini pada masa depan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengakui kepentinga­n pembanguna­n dalam menuju ke status negara maju, lelaki berusia 56 ini berharap pembanguna­n moden yang pesat tidak mampu menggugat identiti asli bagi satu-satu kawasan.

Katanya, pembanguna­n hebat mengikut trend ‘keterlalua­n’ boleh menghilang­kan identiti lokasi yang seharusnya dikekalkan.

 ??  ?? PEMULIHARA­AN dan pembanguna­n perlu seimbang.
PEMULIHARA­AN dan pembanguna­n perlu seimbang.
 ??  ?? BERMULA dari bawah.
BERMULA dari bawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia