Harian Metro

MOTIF UNIK LUKIS TANGAN

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Ralit menyempurn­akan hamparan kain fuji dipenuhi lakaran kombinasi infrastruk­tur moden, bangunan pencakar langit dan kuntuman bunga raya melambangk­an Malaysia, Wan Jafnan Wan Ariffin fokus melakukan proses mencanting batik.

Ketika ditemui, lelaki yang berkecimpu­ng dalam industri batik sejak lebih 20 tahun lalu, sibuk menyiapkan batik canting yang bakal dijadikan eksperimen mewarna ditempah sebuah syarikat korporat.

Menyifatka­n batik canting antara batik popular gara-gara keunikan penghasila­nnya, Wan

Jafnan mengakui batik sememangny­a terkenal sebagai satu daripada produk kraftangan tradisiona­l di Malaysia yang dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi.

Sekitar 1920-an, penggunaan lilin diperkenal­kan pengusaha batik di negeri pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu, sekali gus merancakka­n lagi perkembang­an industri tekstil ini.

Menariknya, batik Malaysia dihasilkan menerusi beberapa teknik seperti batik blok, batik skrin dan batik canting.

“Seawal usia 19 tahun, saya menceburka­n diri dalam bidang batik apabila memulakan inisiatif mempelajar­i teknik melukis batik di Kelantan selama dua tahun.

“Sememangny­a saya memiliki bakat melukis, justeru saya melihat kerjaya hari ini (pelukis batik) adalah ruang untuk merealisas­ikan impian sebagai pelukis.

“Seperti kanvas lukisan, fabrik ini menjadi tempat untuk saya mengeluark­an idea, meluahkan emosi dan inspirasi berkarya. Menyentuh identiti karya yang dihasilkan, saya memilih kepelbagai­an motif bukan sekadar flora

 ?? FOTO ?? VARIASI corak batik.
FOTO VARIASI corak batik.
 ??  ?? BATIK bermotifka­n Perdana Menteri pertama Malaysia.
BATIK bermotifka­n Perdana Menteri pertama Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia