Harian Metro

Syarat dapat syafaat bayi meninggal

-

saya meninggal dunia ketika dalam kandungan berusia lebih tujuh bulan. Bagaimanap­un, ketika mengurus jenazahnya, orang kampung hanya memandikan serta mengkafann­ya dan tidak disembahya­ngkan.

Benarkah boleh dilakukan begitu disebabkan bayi tidak berdosa? Seperkara lagi, adakah di akhirat kelak anak itu akan kenal ibu bapanya serta dapat memberi syafaat?

Ibu Farhan

Ampang

kerana janin meninggal dunia tidak berdosa, maka tidak perlu disolatkan. Ia adalah hukum bagi memudahkan urusan apabila berlaku sesuatu kematian.

Ada beberapa pandangan ulama dalam hukum berkaitan janin yang meninggal dunia. Sekiranya janin meninggal dunia sebelum cukup tempoh mengandung (minimum) enam bulan dua lahzah hendaklah diketahui tanda hidupnya ketika lahir, maka perlu diuruskan seperti orang dewasa.

Sekiranya tidak diketahui tanda hidupnya ketika lahir, seandainya terlihat rupa bentuk manusia, maka wajib dimandikan tanpa perlu solat ke atasnya.

Sekiranya tidak zahir rupa bentuk manusia, maka tidak wajib dimandikan. Jika kandungan gugur lebih daripada yang dinyatakan, maka wajib dimandikan sekalipun sudah meninggal dunia ketika keluar.

Ini berdasarka­n sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk ibu bapanya keampunan dan rahmat Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim)

Sementara itu, bayi yang meninggal boleh memberikan syafaat kepada orang tuanya dengan syarat ibu bapa itu reda atas kematianny­a.

Daripada Habibah RA: “Aku berada bersama Aisyah RA maka datang Nabi SAW sehingga baginda masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang

Muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga beradik) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibu bapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibu bapa kamu ke dalam syurga.” (Hadis riwayat Thabrani)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia