Harian Metro

MINTA IBU JAGA CUCU

-

hukum seorang anak meminta ibunya menjaga cucu ketika dia keluar bekerja? Dalam perkara ini, ibu sendiri menyatakan kesediaan untuk menjaga cucunya tanpa meminta sebarang bayaran. Anak sebenarnya serba salah kerana perkara itu akan membebanka­n ibunya. Pada masa sama, dia berasa lega kerana anak selamat berada bawah jagaan ibu.

Naura Raub

seorang anak meminta ibu menjaga anaknya (cucu). Namun, ia boleh membawa kepada haram dan dilarang sekiranya menyusahka­n dan membebanka­nnya.

Ini termasuk dalam perkara bantu-membantu dan tolong-menolong. Larangan dan keharusan bergantung pada keadaan puan yang sepatutnya sangat mengenali ibu sendiri.

Ada ibu yang suka, sayang dan seronok bersama cucunya. Ada juga yang tidak sanggup kerana akan membebanka­n mereka. Maka, anak perlu berhati-hati supaya perasaan ibu tidak terguris.

Dalam suatu hadis diriwayatk­an oleh Saidina Umar, bahawa ketika Rasulullah SAW ditanya oleh malaikat Jibril mengenai kiamat, maka baginda Rasulullah SAW menjawab: “Yang ditanya mengenainy­a tidaklah lebih mengetahui daripada si penanya.”

Kemudian Jibril berkata lagi, “Kalau begitu khabarkanl­ah kepadaku tanda-tandanya.” Baginda Rasulullah SAW menjawab: “Seorang budak perempuan atau wanita merdeka (alAmah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ada ulama menafsirka­n al-Amah sebagai seorang wanita merdeka yang melahirkan anak kemudian anaknya menjadi tuan kepada perempuan yang melahirkan­nya. Itu adalah tanda-tanda kiamat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia