Harian Metro

Jamak dan qasar ketika bermukim

-

masih keliru mengenai solat jamak dan qasar. Selama ini saya menganggap jika bermusafir, contohnya, apabila pulang ke kampung jaraknya lebih dua marhalah, kita boleh melakukan solat jamak dan qasar di kampung selama empat hari.

Bagaimanap­un, ada yang menyatakan rukhsah itu tidak boleh lagi dilaksanak­an setibanya di kampung kerana kita sudah berniat untuk bermukim di sana. Rukhsah berkenaan hanya dibolehkan ketika dalam perjalanan saja. Mohon penjelasan ustaz.

Pak Ngah Kuala Lumpur

seseorang berniat untuk bermukim selama lebih dari tiga hari di satu kawasan, maka tidak ada rukhsah melakukan solat secara jamak dan qasar di tempat bermukim itu.

Ini berdasarka­n pendapat yang jelas dalam Mazhab as-Syafie. Solat jamak dan qasar hanyalah sepanjang tempoh perjalanan melebihi dua marhalah sama ada pergi atau pulang.

Walaupun ada banyak pandangan ulama mengenai tempoh bermukim membolehka­n seseorang melakukan solat secara jamak dan qasar, namun yang terbaik adalah meraikan keadaan setempat yang beramal dengan Mazhab As-Syafie.

Imam al-Syafie berdalilka­n riwayat yang diriwayatk­an dengan lafaz Imam Muslim maksudnya: “Saidina al-’Ala bin al-Hadrami RA berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Mukim bagi Muhajir selama tiga hari di Makkah selepas kembali dari Mina,” seolah-olah baginda menyatakan tidak lebih dari tempoh itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia