Harian Metro

Hidup bersama jurus mahligai bahagia

-

Hubungan dalam rumah tangga dapat mendorong setiap pasangan lebih dekat dengan Allah SWT. Hakikatnya, perkahwina­n adalah perkongsia­n hidup antara dua individu berlainan.

Tidak semestinya sesuatu yang digemari seseorang disukai pasanganny­a. Mereka perlu bersedia menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Hidup berumah tangga ujiannya lebih mencabar kerana kita perlu fikirkan orang lain berbanding hidup bersendiri­an. Orang lain yang pada asalnya terlalu asing, kini menjadi sebahagian daripada hidup kita. Namun, kita tidak mungkin mengenali dan memahami sepenuhnya pasangan kita.

Ahli psikologi menetapkan, lima tahun pertama perkahwina­n adalah tempoh untuk saling menyelami hati budi masingmasi­ng. Masa itulah kita tahu baik buruk pasangan.

Setiap kekurangan diri akan disempurna­kan oleh pasangan kita.

Asy-Syahid Imam Hassan alBanna menyatakan, “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai beban-beban dan kewajipan. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata-mata kesenangan dan romantis, melainkan tolongmeno­long dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah.”

Sepanjang lima tahun pertama itu juga, setiap pasangan perlu berusaha membina keserasian. Sebab itu, orang tua dahulu berpesan, jika berkahwin tinggallah dengan pasangan.

Bukan bermakna mereka tidak menyayangi anak tetapi atas dasar terlalu sayang, mereka menyuruh berbuat demikian. Apabila tinggal bersama pasangan, kita akan kenal tanggungja­wab sebenar. Baru tahu barang apa tidak cukup di dapur, bil yang masih tidak dibayar, ujian pasangan sakit dan pelbagai lagi. Biasanya, kehidupan pada awal perkahwina­n serbaserbi tidak cukup.

Kesusahan itulah yang mengajar setiap pasangan untuk saling menghargai dan dari situ lahirlah perasaan ikhlas dalam bercinta. Sentiasa bersama itulah yang menguatkan lagi rasa hormat dan kasih.

Ramai isteri hanya tahu marah tanpa memikirkan bebanan dipikul suami. Mereka berkelakua­n sebegitu disebabkan tidak pernah melihat raut wajah suami penat selepas pulang dari tempat bekerja. Begitu juga dengan suami, kadangkala mereka tidak memahami sifat isteri. Mereka tidak tahu tekanan dihadapi isteri jika isteri selalu berjauhan.

Perhubunga­n dalam talian bukanlah komunikasi berkesan untuk dunia rumah tangga. Pasangan perlukan sentuhan kasih sayang dan masa bersama. Isteri perlukan masa bersama untuk berkongsi luahan rasa sambil bertentang mata. Apabila dia penat, ada orang hargainya dengan sentuhan kasih sayang.

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluargany­a dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Riwayat Tirmidzi)

Apabila suami memahami isterinya dan pandai memujuk, barulah isteri rasa disayangi. Tidak semua isteri hanya inginkan wang ringgit sematamata. Ramai mempunyai pendapatan sendiri malah mereka juga sanggup membantu suami.

Sekiranya suami membiarkan isteri menguruska­n semuanya, dikhuatiri iblis akan memerangka­p isteri dengan pelbagai godaan. Pada zaman globalisas­i ini, apabila isteri terlalu berdikari dan dibiarkan sendiri, dia akan rasa sepi. Kita tidak mahu isteri tertipu dengan hasutan syaitan.

Disebabkan itu, dalam senarai nafkah suami perlu menyediaka­n tempat tinggal buat isteri. Perkara itu bukan saja-saja tetapi Islam tahu kesannya.

Allah SWT berfirman, yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuann­ya.

Dan orang yang disempitka­n rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak meletakkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (Surah at-Talaq, ayat 7)

Selain itu, setiap pasangan perlu yakin pasangan yang menjadi miliknya itulah yang terbaik. Kita berkahwin dengannya disebabkan keizinan Allah, sekiranya tidak ditakdirka­n, pasti tidak berlaku lafaz akad yang membuktika­n sah sesuatu perhubunga­n.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia