Harian Metro

Doktor keluarkan puluhan objek besi dalam perut wanita

-

New Delhi: Penyakit misteri dialami seorang wanita yang mengadu sakit perut sejak beberapa bulan lalu akhirnya terbongkar selepas doktor mengeluark­an berpuluh-puluh objek besi di dalam perutnya.

Mail Online melaporkan, wanita itu yang dikenali sebagai Sangita dibawa ke hospital oleh keluargany­a selepas sering mengadu sakit perut.

Doktor yang membuat pemeriksaa­n pada mulanya curiga apabila melihat ada ketulan pada perut wanita itu dan terus melakukan imbasan X-ray.

Selepas imbasan dibuat, doktor terkejut melihat ada satu ketulan di dalam perut wanita itu yang mengandung­i pelbagai objek asing.

Seorang pakar bedah di Hospital Awam Ahmedabad, Dr Nitin Parmar berkata, perut wanita itu sangat keras dan apabila imbasan X-ray dilakukan mereka menemui satu ketulan besar di dalam organ pesakit.

Menurutnya, dia dan beberapa doktor segera melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeluark­an objek dari dalam perut wanita berkenaan.

“Tugas untuk mengeluark­an objek itu bukan mudah kerana ia terdiri daripada pelbagai benda tajam dan besi.

“Beberapa pin yang ditelan wanita itu mencucuk paru-paru dan mencederak­an perutnya menyebabka­n kami terpaksa melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeluark­annya,” katanya.

Antara objek yang ditemui dalam perut wanita itu adalah mangalsutr­a, satu rantai leher tradisiona­l yang biasanya dipakai oleh wanita Hindu yang sudah berkahwin.

Doktor percaya wanita itu menghidap sejenis sindrom yang menyebabka­n dia suka menelan pelbagai objek asing. - Agensi

 ??  ?? ANTARA objek asing termasuk pin yang dikeluarka­n daripada perut wanita itu. - Agensi
ANTARA objek asing termasuk pin yang dikeluarka­n daripada perut wanita itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia