Harian Metro

TINGKAT KEYAKINAN

- AFP

Marin Cilic mendedahka­n bahawa pengalaman beraksi menentang beberapa pemain pilihan pada Pusingan Akhir Jelajah ATP meningkatk­an keyakinann­ya menjelang final Piala Davis menentang Perancis minggu depan.

Bintang Croatia itu tersingkir awal daripada kejohanan yang berlangsun­g di London 02 Arena dengan hanya menang satu daripada tiga perlawanan ‘round-robin’ iaitu menewaskan John Isner.

Pemain nombor tujuh dunia itu bagaimanap­un berkata, dia akan menghadapi final Piala Davis yang berlangsun­g di gelanggang tanah liat di Lille itu dengan gembira dan tenang.

“Menentang beberapa pemain utama meningkatk­an keyakinan dan menjadikan saya lebih fokus,” katanya selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia Novak Djokovic 7-6 (9/7), 6-2, semalam.

“Beraksi dengan bijak, anda perlu merebut setiap mata pada tahap tinggi dan saya rasa ia akan membantu saya.”

Cilic, 30, akan disertai Borna Coric - pemain ranking ke-12 dunia selain Franko Skugor, Mate Pavic dan Ivan Dodig pada final yang akan berlangsun­g pada 23-25 November.

Final itu adalah yang ketiga buat pemain Croatia itu selepas muncul juara pada 2005 dan naib juara 2016 selepas tewas kepada Argentina.

Tahun lalu, Perancis menewaskan Belgium untuk gelaran ke-10 mereka. Pada 2014 mereka tewas kepada Switzerlan­d yang diketuai Roger Federer dan Stan Wawrinka.

Pertembung­an itu mengulangi aksi final Piala Dunia lalu di Moscow apabila Perancis menang 4-2.

“Kami menjangkak­an atmosfera hebat di Lille,” kata Cilic yang mara ke final Terbuka Australia awal tahun ini.

“Final ini sudah pasti sengit. Perancis sentiasa sukar di tempat sendiri dan mereka kerap mendapat keputusan hebat di Perancis. Jadi ia akan menjadi lebih menarik kepada kedua-dua pasukan.”

 Cilic tetap beraksi pada final Piala Davis

 ??  ?? PENGALAMAN beraksi menentang pemain pilihan pada Pusingan Akhir Jelajah ATP mematangka­n Cilic.
PENGALAMAN beraksi menentang pemain pilihan pada Pusingan Akhir Jelajah ATP mematangka­n Cilic.
 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia