Harian Metro

SALAH TUMBANG TUNISIA

-

London: Neymar tenang meledak penalti kontrovers­i bagi membantu Brazil melakar kemenangan 1-0 mengatasi Uruguay dalam aksi persahabat­an semalam.

Kapten Brazil itu kerap menjadi mangsa kekasaran pemain lawan dalam pertemuan tegang di Stadium Emirates.

Namun penyerang Paris Saint-Germain itu berjaya meledak jaringan pada penghujung separuh masa kedua selepas kekasaran Diego Laxalt ke atas Danilo sekali gus jaringan antarabang­sa ke-60 buat bintang Brazil itu.

Brazil kini tidak tewas dalam 10 perlawanan menentang Uruguay yang tidak pernah menewaskan juara dunia lima kali itu sejak 2001.

Brazil yang mempersiap­kan pasukan untuk menghadapi Copa America tahun depan akan berdepan Cameroon dalam satu lagi aksi persahabat­an di Milton Keynes awal pagi Rabu depan.

kelab Mesir, Al Ahly dalam final Liga Juara-Juara Afrika minggu lalu.

Naim Sliti menjaringk­an gol pembukaan Tunisia pada minit ke-13 tetapi Mesir menyamakan kedudukan melalui Mahmoud ‘Trezeguet’ Hassan hasil rembatan yang terkena pertahanan lawan.

Tandukan Baher El Mohamady meletakkan Mesir di depan pada minit ke-59 tetapi Sliti menyamakan kedudukan buat pelawat untuk gol keduanya pada minit ke-72.

Perlawanan seakan-akan berkesudah­an seri hinggalah Salah sekali lagi menjadi pemusnah saat akhir apabila menjaringk­an gol pada minit ke-90 selepas mendapat hantaran daripada rakan sepasukan.

Tunisia kekal di tangga teratas dengan kedua-dua pasukan meraih 12 mata daripada lima perlawanan.

Mesir kini menang empat perlawanan di bawah kendalian jurulatih baharu Javier Aguirre sejak tamat Piala Dunia lalu.

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR
 ??  ?? PEMAIN Mesir meraikan gol ketika menentang Tunisia.
PEMAIN Mesir meraikan gol ketika menentang Tunisia.
 ??  ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia