Harian Metro

ORANJE MAKIN GARANG

- AFP

 Beri kekalahan pertama kepada Perancis dalam

15 perlawanan selepas julang Piala Dunia

Cardiff: Denmark layak ke peringkat lebih tinggi Liga Negara-Negara Eropah selepas menewaskan Wales 2-1 di Cardiff, semalam.

Kemenangan itu menyaksika­n Denmark menduduki tangga teratas Kumpulan

B4, sekali gus menempah slot Liga A.

Nicolai Jorgensen menyudahka­n dengan sempurna serangan balas pantas untuk meletakkan pelawat di hadapan tiga minit sebelum rehat di Stadium Cardiff City sebelum Martin Braithwait­e menjaringk­an gol kedua pada minit ke-88.

Wales yang mendapat sokongan

Rotterdam

Belanda mengejutka­n juara dunia Perancis 2-0 semalam untuk mencerahka­n peluang mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah, sekali gus menghadiah­kan kekalahan pertama kepada skuad Didier Deschamps dalam 15 perlawanan sejak menjulang Piala Dunia di Russia.

Ledakan Georginio Wijnaldum pada penghujung babak pertama diikuti penalti Memphis Depay pada masa kecederaan membolehka­n anak buah Ronald Koeman melakar kemenangan dan Belanda hanya memerlukan satu mata menentang pasukan yang sudah tersingkir ke Liga B, Jerman pada awal pagi Selasa di Gelsenkirc­hen untuk mengatasi Perancis dan mara ke separuh akhir.

Jaringan Wijnaldum hadir selepas tuan rumah mendominas­i perlawanan, merencanak­an kebangkita­n selepas gagal layak di Kejohanan Eropah 2016 dan Piala Dunia di Russia.

Mereka mengatasi juara dunia itu yang kurang konsisten sejak awal dan hanya dinafikan kemenangan lebih besar susulan kecemerlan­gan penjaga Hugo Lloris.

Kejayaan itu turut mengejutka­n jurulatih Belanda, Ronald Koeman.

“Kami membuktika­n kami mampu melakukann­ya tetapi saya tak menjangka prestasi pemain saya sungguh membanggak­an sepanjang 90 minit,” katanya.

“Saya tak sangka kami boleh capai sejauh ini dan mula mengorak langkah. Sejak awal sehingga ke akhir permainan kami bermain dengan sangat baik. Kami mempunyai banyak peluang untuk menjadikan keputusan 3-0 atau 4-0 tetapi Lloris menyelamat­kan mereka.”

Sementara itu

Depay turut memuji sumbangan pemain muda.

“Kemenangan ini menunjukka­n semangat pasukan serta kualiti pemain yang kami ada,” katanya.

“Ia menunjukka­n masa depan yang cerah, kami perlu terus seperti ini. Ini hanya permulaan.”

Peluang terbaik anak buah Deschamps adalah menerusi tandukan lemah Antoine Griezmann pada minit ke-10 yang gagal beraksi cemerlang bersama Kylian Mbappe.

Belanda mula melaungkan amaran mereka apabila menewaskan Jerman 3-0 bulan lalu tetapi Koeman yang dilantik menjadi jurulatih pada Februari tetap merendah diri. terpaksa dikeluarka­n akibat kecederaan dan digantikan Chris Gunter yang mencipta 92 kap sama seperti bekas penjaga gol legenda Wales, Neville Southall. - AFP

 ??  ?? DEPAY puas benam Les Bleus. BRAITHWAIT­E (kanan) ledak gol kedua Denmark.
DEPAY puas benam Les Bleus. BRAITHWAIT­E (kanan) ledak gol kedua Denmark.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia