Harian Metro

Rakitic tersisih jumpa Three Lions

-

London: Pemain tengah, Ivan Rakitic terlepas aksi penting menentang England di Wembley malam ini dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah kerana kecederaan, menurut pengendali Croatia, Zlatko Dalic. Pemain tengah Barcelona itu dikeluarka­n pada minit ke-67 ketika tuan rumah mengatasi Sepanyol 3-2 dan menghidupk­an peluang Croatia dalam Kumpulan 4, Liga A untuk memburu tiket ke separuh akhir tahun depan.

“Dia akan ke Barcelona, ia adalah kecederaan yang serius. Saya tidak akan mengambil risiko. Jika ada kemungkina­n kecederaan boleh menjadi lebih serius, kami akan merehatkan dia,” kata Dalic.

“Kami mahukan pemain yang cergas dan ketika ini dia tidak berada dalam tahap 100 peratus. Malangnya, kami akan bermain tanpanya.”

Rakitic, 30, sudah beraksi dalam 102 perlawanan untuk Croatia, namun Dalic mendakwa mereka mempunyai pemain yang berkemampu­an untuk mengisi kekosongan ditinggalk­an.

“Kami akan menilai pemain yang menggantik­annya. Kami mempunyai (Mateo) Kovacic, (Josip) Brekalo dan (Milan) Badelj,” katanya.

“Jalan penyelesai­an sentiasa ada dan kami tidak perlu berbicara tentang pemain yang tidak akan beraksi. Kami akan mencari jalan penyelesai­an dan ke Wembley untuk menikmati aksi bola sepak.”

Pemenang perlawanan akan meraih tiket ke separuh akhir dengan pasukan yang tewas tersingkir ke Liga B. Keputusan seri akan membolehka­n pendahulu meraih kedudukan teratas Kumpulan 4. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia