Harian Metro

Jangan halang anak ceburi sukan

-

lalu saya berkesempa­tan memenuhi jemputan ke Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan Kokurikulu­m & Sukan di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian di Kajang.

Saya diminta memberi kata-kata semangat kepada setiap pelajar mengenai kepentinga­n pembabitan dalam aspek kokurikulu­m.

Sememangny­a sudah sekian lama saya sering tekankan betapa selain mementingk­an akademik, pelajar juga tidak seharusnya mengetepik­an aspek kokurikulu­m seperti sukan.

Bagi saya, dunia sudah berubah. Kalau dulu orang tua sering memberi tekanan kepada anak mereka untuk lebih fokus kepada akademik demi menjamin masa depan lebih baik, sekarang tidak lagi.

Ini kerana, jika mereka serius dalam bidang sukan, tidak mustahil juga untuk meraih kejayaan di kemudian hari.

Ramai atlet sudah membuktika­n bahawa selain cemerlang dalam sukan, mereka juga tidak tercicir dalam aspek akademik.

Hari ini ramai atlet kita menyambung pengajian di menara gading dan memperoleh pekerjaan yang baik selepas bersara daripada dunia sukan.

Kadang-kadang sukan yang diceburi mereka akan menjadi batu loncatan untuk meraih masa depan lebih baik.

Dalam soal ini, peranan ibu bapa amat penting. Tanpa sokongan mereka, memang sukar untuk pelajar meneruskan karier dalam bidang sukan masing-masing.

Sebab itu apabila saya hadir ke mana-mana majlis termasuk Kem Bakat Badminton yang dikendalik­an oleh kelab Nusa Mahsuri, saya cuba memahami segala luahan ibu bapa.

Saya sering tekankan kepada mereka walau apa juga yang berlaku, jangan hampakan harapan anak-anak yang berminat dalam bidang sukan.

Berilah sokongan sewajarnya walaupun mungkin mereka tidak dapat memberikan sokongan kewangan.

Saya dulu pun susah. Tapi, arwah bapa berusaha juga untuk memenuhi keperluan kami demi impian melihat anaknya meraih kejayaan dalam sukan badminton.

Jadi sebenarnya tiada yang mustahil. Asal ada kemahuan pasti suatu hari nanti akan hadir kejayaan.

Jumpa lagi.

 ?? ZULFADHLI ZULKIFLI ?? JALANI (tengah) pada Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan Kokurikulu­m & Sukan di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian.
ZULFADHLI ZULKIFLI JALANI (tengah) pada Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan Kokurikulu­m & Sukan di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian.
 ??  ?? KHAIRUL Hafiz (dua kiri) memenangi tempat pertama acara 100 meter terbuka lelaki akhir di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.
KHAIRUL Hafiz (dua kiri) memenangi tempat pertama acara 100 meter terbuka lelaki akhir di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia