Harian Metro

Malaysian Tigers mampu bangkit

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Roelant Oltmans, tidak gusar biarpun anak buahnya beraksi di bawah kemampuan sebenar dan kelihatan lesu ketika tewas 1-2 kepada New Zealand dalam perlawanan ujian pertama di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, kelmarin.

Menurut Oltmans anak buahnya gagal mempamerka­n aksi sebenar dan keletihan kerana mereka sudah menggunaka­n sepenuh kudrat dan tenaga mereka ketika sesi latihan fizikal, sebelum ini.

Persembaha­n kurang baik itu hanya satu permulaan dan Oltmans berkata, Malaysia kini bersiap sedia untuk mempamerka­n aksi lebih bertenaga dan cemerlang dalam baki dua perlawanan ujian pada Selasa dan Khamis ini sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia 2018 di Bhubaneswa­r, India bermula 28 November hingga 16 Disember depan.

“Jika anda perhatikan pemain hoki kebangsaan bermain agak perlahanan dan kaki mereka kelihatan berat ketika aksi di dua suku pertama perlawanan berkenaan. Ini kerana mereka baharu sahaja selesai menjalani latihan fizikal yang berat.

“Namun, tiada apa yang perlu dibimbangk­an kerana kita akan dapat atasi masalah berkenaan dan saya percaya mereka sudah bersedia menghadapi dua lagi perlawanan ujian dan Piala Dunia nanti,” kata Oltmans.

Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama-sama Belanda, Jerman dan Pakistan - semuanya bekas juara dunia.

Kejohanan yang bermula pada 28 November itu menyaksika­n Malaysia membuka tirai saingan dengan menentang Belanda pada 1 Disember diikuti dengan Pakistan dan Jerman.

Skuad hoki kebangsaan juga harus mengelak daripada menamatkan saingan di tempat keempat peringkat kumpulan kerana hanya pasukan tiga teratas layak ke pusingan kalah mati dengan pasukan keempat bakal pulang lebih awal.

Penyerang Faizal Shaari, Tengku Ahmad Tajuddin dan Firhan Ashaari dilihat mempamerka­n aksi kurang bertenaga ketika perlawanan ujian pertama kelmarin, manakala pemain pertahanan Razie Rahim tidak bermain seperti kebiasaann­ya.

“Adalah satu kebiasaan apabila kita memberi tekanan terlalu kuat kepada pemain ketika latihan kecergasan sebelum kejohanan besar mereka akan menjadi perlahan seketika di peringkat awal.

“Bagaimanap­un, saya percaya mereka akan kembali cergas seperti biasa dan sudah bersiap sedia sehari sebelum perlawanan ujian akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia