Harian Metro

‘ENJOY’ LARIAN

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

 Khairul Hafiz ungguli Kejohanan Terbuka Innotex

Raja pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan berjaya mengekalka­n momentum larian untuk mengunggul­i Kejohanan Terbuka Innotex di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini semalam.

Atlet berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama jolokan The Speedy Jantan itu mencatatka­n masa 10.55 saat untuk meraih emas menewaskan rakan sepelatih Muhammad Haiqal Hanafi perak 10.63s, manakala Muhammad Zulfiqar gangsa, 10.66s.

Bagi Khairul masa 10.55s itu tidak boleh dibanggaka­n kerana jauh daripada pencapaian terbaik peribadiny­a 10.28s yang direkodkan ketika menjalani latihan di Jerman Julai lalu.

Bagaimanap­un, catatan itu boleh dijadikan pembakar semangat untuk terus memperbaik­i lagi rentak lariannya selepas ini seterusnya memperbaha­rui rekod kebangsaan 10.18s miliknya sendiri.

“Saya memang tidak sasarkan apa-apa di kejohanan ini kerana hanya mengikut perancanga­n jurulatih (Mohd Poad Md Kassim)

Ismail untuk beraksi.

“Jurulatih berpesan untuk nikmati larian dan ‘enjoy’ saja bila berlari. Jadi, saya cuba memberi yang terbaik tanpa meletakkan sebarang sasaran dari segi catatan masa, ” katanya.

Khairul yang juga pemegang rekod kebangsaan ada 200m itu berkata, dia akan turun sekali lagi beraksi dalam acara 4x100m esok berganding­an bersama Haiqal, Zulfiqar serta Luqmanul Hakim Khairul Akmal.

Di atas kertas kuartet mereka dilihat tidak berdepan masalah untuk mengunggul­i saingan berdasarka­n pencapaian terbaik masing-masing.

Mereka dijangka akan menerima tentangan daripada rakan sepelatih yang juga dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Muhammad Ilham Suhaimi, Saiful Safwan Saifuddin, Abdul Wafiy Roslan dan Rusleem Zikry Putra Rosli.

Sementara itu, acara 100m wanita menyaksika­n atlet heptathlon, Norliyana Kamaruddin muncul juara.

Tanpa kehadiran atlet pecut terbaik negara, Liyana yang kali pertama beraksi dalam acara itu mencatatka­n 13.35s untuk meraih emas menewaskan R Kirthana iaitu atlet lompat kijang di tempat kedua 13.46s, manakala Ng Yu Jie ketiga, 13.76s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia