Harian Metro

Harimau Malaya ‘kritikal’

-

pencapaian itu tidak berhasil apabila Vietnam berjaya meraih gol dalam setiap babak menerusi percubaan

Nguyen

Cong

Phuong pada minit ke-12 dan

Nguyen

Anh Duc di minit ke-60.

“Dari dulu penyerang

Vietnam memang laju macam lipas kudung. Apabila kita tahu penyerang lawan laju, pertama tindakan yang akan diambil ialah kecilkan ruang buat mereka untuk berlari ke depan.

“Tapi, dalam perlawanan malam tadi tidak.

Pertahanan kita terutama kiri dan kanan naik terlalu tinggi dan akhirnya membuka ruang buat penyerang Vietnam untuk bergerak dan akhirnya mereka dapat gol, walaupun sebenarnya kita lebih banyak menguasai bola,” katanya yang membawa Malaysia mara ke temasya Sukan Olimpik 1980.

Kekalahan pertama selepas menang 1-0 ke atas Kemboja dan 3-1 dengan Laos itu meletakkan Harimau Malaya dalam misi wajib menang ke atas Myanmar yang kini menduduki tangga teratas kumpulan, namun berkongsi enam mata bersama Vietnam dan Malaysia.

situasi kritikal buat Malaysia untuk melepasi halangan Kumpulan A Piala AFF namun jurulatih Tan Cheng Hoe mengakui tidak akan mengubah cara permainan anak buahnya apabila berdepan Myanmar pada aksi terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November ini.

Ramai pihak tidak berpuas hati dengan kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Vietnam 0-2 di Hanoi kelmarin di mana mereka menguasai permainan, namun terperangk­ap dengan serangan pantas pasukan tuan rumah.

Cheng Hoe menerapkan corak hantaran pendek untuk mengekalka­n penguasaan bola namun mereka kekeringan idea untuk memecahkan benteng pasukan kendalian jurulatih Korea Selatan Park Sang-heo yang kini menduduki ranking 102 dunia berbanding Malaysia 169.

Kekalahan pertama selepas menang 1-0 ke atas Kemboja dan 3-1 dengan Laos itu meletakkan Harimau Malaya dalam misi wajib menang ke atas Myanmar yang kini menduduki tangga teratas kumpulan namun berkongsi enam mata bersama Vietnam dan Malaysia.

“Kami bermain bola sepak yang baik dan saya tidak akan mengubah cara permainan kami cuma pemain perlu memperbaik­i kelemahan ketika menyerang.

“Saya rasa kalau kita bandingkan dengan dua perlawanan lalu, kali ini kita pamerkan permainan terbaik, kita nampak kombinasi dari hantaran bola kita lebih menguasai permainan tetapi kerana satu dua kesalahan, hilang bola di kawasan kita jadi Vietnam ambil kesempatan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Bertemu Vietnam, Cheng Hoe melakukan empat pertukaran dengan memasukkan Shahrel Fikri Md Fauzi, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid bagi menguatkan jentera serangan, manakala Syamer Kutty Abba bertahan di bahagian tengah.

Bagaimanap­un, Sumareh yang banyak melakukan gerakan di sebelah kanan digantikan dengan Safawi Rasid pada minit ke-57.

“Sumareh mengadu sedikit kesakitan, jadi saya tidak mahu ambil risiko dan terpaksa keluarkan dia lebih awal. Perlawanan dengan Myanmar nanti kita memang kena main habis-habisan untuk dapatkan kemenangan,” kata Cheng Hoe.

 ??  ?? PEMAIN negara, Syazwan Andik (kiri) mengasak pemain Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, malam kelmarin. CHENG Hoe perlu catur taktikal lebih baik berdepan Myanmar.
PEMAIN negara, Syazwan Andik (kiri) mengasak pemain Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, malam kelmarin. CHENG Hoe perlu catur taktikal lebih baik berdepan Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia