Harian Metro

TAKTIK ‘MAKAN DIRI’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

 Bakri anggap Harimau Malaya patut lebih bertahan ketika menentang Vietnam

Kekalahan pertama skuad Harimau Malaya dalam saingan Kumpulan A Piala AFF di tangan Vietnam malam tadi boleh dielak andai pengendali­nya Tan Cheng Hoe memberi penekanan terhadap aspek bertahan dan bukannya menyerang hingga tewas 0-2 di Stadium Nasional My

Dinh, kelmarin.

Kepincanga­n taktikal Cheng Hoe itu diakui bekas pemain kebangsan Bakri Ibni apatah lagi menurut beliau ia berlaku tatkala skuad negara hadir selaku pasukan pelawat di Hanoi.

“Kalau ada mekanisma pegang bola 20 sentuhan boleh dapat satu gol, saya kira Malaysia boleh menang besar malam tadi,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, semalam.

“Vietnam bukanlah kuat mana pun, mereka juga sebenarnya takut untuk berdepan kita dan ia dapat dilihat apabila mereka lebih menggunaka­n taktikal bertahan dengan sesekali menyerang balas ke kubu negara.

“Perkara yang menghairan­kan saya ialah kenapa kita selaku pasukan pelawat pula yang menyerang sedangkan biasanya pasukan tuan rumah yang akan menyerang untuk mendapatka­n gol.

“Tapi, malam tadi (kelmarin) terbalik, kita pula menyerang dan Vietnam bertahan. Sepatutnya jurulatih kita mengarahka­n permainan tertutup supaya penyerang Vietnam tidak dapat bergerak dan kita pula mengharapk­an serangan balas seperti mana yang pernah dilakukan pasukan Dollah Salleh empat tahun lalu,” katanya

Pada edisi 2014, skuad negara yang dibimbing Dollah berjaya mengejutka­n skuad The Golden Dragons di Hanoi apabila melakar kemenangan 4-2 pada separuh akhir kedua untuk mara ke final menerusi agregat 5-4.

Bagaimanap­un, hasrat untuk melihat anak buah Cheng Hoe mengulangi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia