Harian Metro

The Rivals akan lunas tunggakan gaji

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden FELCRA FC, Datuk Hazian Murad menjelaska­n pihak pengurusan akan melunaskan baki gaji pemain walaupun skaud The Rivals sah tidak akan bertanding dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Beliau berkata, jumlah berkenaan termasuk baki gaji hingga hujung tahun ini dan tunggakan yang mencecah tiga bulan dianggarka­n bernilai kira-kira RM2 juta bagi semua pemain dan pegawai pasukan.

Malah, beliau berjanji akan membantu semua pemain dan pegawai pasukan mendapatka­n hak mereka terutama selepas berjaya menaikkan nama FELCRA pada tahap tertinggi dalam kancah bola sepak tempatan.

“Saya maklumkan kepada pengurusan yang saya akan letak jawatan selepas gaji semua pemain masuk ke dalam akaun mereka. Saya bukan senang-senang untuk lepaskan jawatan dan biarkan mereka terkontang-kanting tanpa ada sesiapa membantu.

“Saya pun nak ucap terima kasih kepada Pengerusi FELCRA, Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab dan pengurusan tertinggi sebab bersetuju untuk bayar baki gaji dan tunggakan semua pemain serta pegawai pasukan.

“Jumlah keseluruha­n lebih kurang RM2 juta itu termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan sebagainya,” katanya.

Hazian pada sidang media kelmarin mengesahka­n FELCRA yang juga naib juara Liga Perdana musim lalu tidak akan bertanding bagi saingan musim depan kerana kekangan kewangan.

Langkah awal yang dilakukan FELCRA itu dilihat sebagai jalan terbaik bagi memastikan tidak mengganggu persediaan Liga M bagi musim depan selain pemain juga masih mempunyai masa untuk mencari pasukan baharu.

Mengulas lanjut, Hazian mengakui pemain sedih dengan keputusan itu apatah lagi selepas mereka bertungkus-lumus mengangkat nama FELCRA.

“Reaksi pemain memang sedih sebab mereka sudah berusaha sebaik mungkin menaikkan nama FELCRA sampai ke tahap ini, tapi pada penghujung­nya kami terpaksa menarik diri.

“Apapun kami terpaksa akur, saya dengan pengurusan tidak boleh bergerak sendiri kerana dalam bola sepak memerlukan dana yang besar,” katanya.

 ??  ?? HAZIAN (kanan) janji bantu pemain, pegawai dapat hak mereka.
HAZIAN (kanan) janji bantu pemain, pegawai dapat hak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia