Harian Metro

Amiridzwan sah terima tawaran Perlis

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Bekas pertahanan Kelantan, Amiridzwan Taj Tajuddin mengesahka­n menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi mengharung­i Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain kelahiran Kota Bharu itu yang mesra dipanggil Panjang itu berkata, setakat ini dia hanya menerima tawaran daripada PFA saja selepas kontraknya bersama Kelantan berakhir bulan ini.

Amiridzwan, 32, yang juga bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PKNS Selangor memulakan karier dengan menyarung jersi UiTM FC pada 2008 pernah merangkul kejuaraan piala berprestij seperti Piala FA bersama Kelantan pada 2015, Piala Sumbangsih (ATM-2013) dan Liga Perdana (ATM-2012).

“Setakat ini belum ada kata putus walaupun sudah mengadakan

(gambar)

pertemuan minggu lalu bagi membincang­kan perjalanan karier saya bersama PFA.

“Bagaimanap­un, ia masih di peringkat perbincang­an tetapi saya boleh berkata pertemuan itu positif,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin selepas aksi persahabat­an amal pasukan pilihan bekas kapten The Red Warriors (TRW) Mohd Badhri Radzi atau Piya dengan barisan legenda Kelantan.

Pasukan pilihan Piya dibarisi Norfarhan Mohamad, Daudsu Jamaludin dan Mohd Qayyum Marjoni Sabil manakala pasukan Legenda Kelantan diketuai bekas penjaring terbanyak Liga Malaysia 1993 dan 1994 Hashim Mustapa, Anuar Rajib dan Zamri Mohd Nor.

Dalam aksi persahabat­an amal itu, pasukan pilihan kapten Piya tewas 4-5.

Perlawanan amal itu bertujuan mengisi tabung kebajikan untuk anak yatim di negeri itu.

Mengulas lanjut tawaran ke Perlis, Amiridzwan bersedia untuk menerima lamaran itu kerana sedar peluang sebegini tidak harus dilepaskan.

“Apa yang saya fikir ketika ini adalah untuk membantu skuad Singa Utara dalam kancah Liga FAM musim depan, selain menyasarka­n untuk membarisi kesebelasa­n utama pasukan.

“Pada masa sama, saya mengucapka­n terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan seluruh peminat di negeri ini yang sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi sepanjang mewakili Kelantan musim ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia