Harian Metro

SCAM ‘SAPU’ RM258,850

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Sindiket penipuan Macau Scam dan Parcel Scam terus mempedaya mangsa di Sarawak dengan membabitka­n kerugian sebanyak RM258,850, minggu ini.

Dalam kes di sini kelmarin, seorang wanita di Taman Tunku, mendakwa mengalami kerugian kirakira RM100,000 selepas menjadi mangsa sendikit penipuan Macau Scam yang menghubung­inya kira-kira jam 3 petang dengan memperkena­lkan diri sebagai kakitangan mahkamah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, individu terbabit beritahu mangsa, suri rumah berusia 55 tahun, mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM96,800 di Perak, dan pada jam 8 malam hari yang sama, mangsa dihubungi seorang lagi lelaki memperkena­lkan diri sebagai pegawai polis yang memberitah­u akaun mangsa akan dibekukan kerana kesalahan jenayah.

“Individu terbabit meminta mangsa memindahka­n wang ke tiga akaun bagi mengelak akaun mangsa dibekukan dan dia kemudianny­a memindahka­n wangnya ke akaun disebutkan itu di sebuah bank pada keesokanny­a,” katanya.

Menurutnya, mangsa hanya menyedari terpedaya selepas menghubung­i pihak polis di Perak bertanyaka­n mengenai individu terbabit dan terkejut apabila diberitahu tiada nama individu terbabit yang bertugas sebagai pegawai polis di Perak.

“Dalam kes berasingan di Sarikei, seorang wanita berusia 47 tahun yang juga kakitangan awam mengalami kerugian sebanyak RM150,000 apabila dipedaya lelaki yang mendakwany­a bersubahat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

“Wanita terbabit yang bimbang dengan dakwaan itu, mengikut arahan suspek dengan memasukkan wang berjumlah RM150,000 ke tujuh akaun bank bermula 8 Januari lalu hingga Jun tahun ini,“katanya.

Bagi kes ketiga, Mustafa berkata, seorang lelaki berusia 28 tahun di Belaga pula mengalami kerugian RM8,850 selepas tertipu sindiket Parcel Scam.

Menurutnya, mangsa mendakwa menerima panggilan daripada sindiket terbabit pada 14 November lalu yang mendakwa daripada Global Express memaklumka­n ada barang yang dihantar lelaki bernama Alam

Zeb yang mangsa kenali melalui facebook.

“Sindiket terbabit meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM1,850 untuk bayaran cukai bagi barang berkenaan.

“Bagaimanap­un, sehari selepas itu sindiket berkenaan menghubung­i mangsa lagi dan mendakwa terbabit dengan kegiatan penyeludup­an mata wang asing kerana mereka mendapati barang yang dikirim oleh Alam Zeb itu adalah wang tunai.

“Sindiket itu kemudianny­a terus mempedaya mangsa dengan mengarahka­nnya memasukkan sebanyak RM7,000 lagi ke dalam akaun Ambank atas nama Siti Zahara

Wan Abdullah bagi mengelakka­n tindakan undang-undang diambil terhadapny­a,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUSTAFA Kamal
MUSTAFA Kamal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia