Harian Metro

KK Watch berbasikal pantau bandar raya

-

Kota Kinabalu: Dua perkhidmat­an berbasikal dikenali sebagai KK

Watch dan KK Free

Ride diwujudkan bagi menggalakk­an penggunaan basikal sebagai kaedah pengangkut­an alternatif mesra alam untuk tujuan penguatkua­saan serta riadah di bandar raya ini.

Kedua-dua inisiatif yang diperkenal­kan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu bertepatan dengan usaha meningkatk­an tahap keselamata­n bandar raya ini, selain menggalakk­an penggunaan basikal dalam kalangan warga kota dan pengunjung.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bagi KK Watch, pembentuka­n pasukan itu mampu memperheba­tkan lagi tinjauan keselamata­n di bandar raya itu secara lebih menyeluruh kerana penggunaan basikal sangat sesuai dengan kawasan bandar.

Menurutnya, rondaan menggunaka­n basikal juga memudahkan anggota penguat kuasa melaksanak­an tugasan terutama di kawasan yang sukar dimasuki kereta dan motosikal, terutama taman awam dan laluan pejalan kaki.

“Penggunaan basikal adalah pendekatan baik memandangk­an ia lebih mesra alam dan boleh menjimatka­n penggunaan petrol.

“Saya gembira dan menyokong penubuhan pasukan rondaan berbasikal ini kerana ia pasti menjadikan bandar raya ini lebih selamat.

“Selain itu, pengunjung tempatan atau pelancong juga berasa selesa dan selamat apabila berjalanja­lan di sekitar bandar raya ketika siang dan malam,” katanya dalam ucapan sempena majlis pelancaran KK Watch dan KK Free Ride di sini, semalam.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Norazlinah Arif.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Persekutua­n Sabah Yahya Sulaiman, Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah Azhar Matussin dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Pasukan KK Watch dianggotai 36 petugas merangkumi gabungan anggota penguat kuasa DBKK, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Dalam pada itu, sebanyak 470 basikal disediakan bagi KK Free Ride yang dikendalik­an sepenuhnya oleh DBKK.

Pelaksanaa­n projek itu bertujuan menyediaka­n pengangkut­an alternatif kepada penduduk bandar dan pengunjung selain menyokong aktiviti pelanconga­n dalam kawasan bandar raya.

Mohd Shafie yakin perkhidmat­an basikal secara percuma itu membolehka­n sesiapa saja yang berminat untuk menikmati keindahan bandar raya dengan menunggang basikal.

“Sabah menjadi negeri pertama yang menyediaka­n perkhidmat­an basikal tanpa sebarang bayaran.

“Individu yang mahu menggunaka­n perkhidmat­an KK

Free Ride hanya perlu membawa kad pengenalan atau pasport bagi membuat pendaftara­n di kaunter disediakan di DBKK,” katanya.

 ??  ?? YEO (kanan) bersama Norazlinah (dua dari kanan) melihat basikal yang digunakan anggota penguat kuasa DBKK ketika majlis pelancaran KK Watch dan KK Free Ride di Ibu Pejabat DBKK, semalam.
YEO (kanan) bersama Norazlinah (dua dari kanan) melihat basikal yang digunakan anggota penguat kuasa DBKK ketika majlis pelancaran KK Watch dan KK Free Ride di Ibu Pejabat DBKK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia