Harian Metro

Naik cukai minuman bergula langkah positif

-

Kota Samarahan: Langkah kerajaan menaikkan cukai terhadap minuman bergula wajar disokong sepenuhnya oleh semua pihak.

Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan, Dr Nur Fatihah Oh Abdullah berkata, ini kerana peningkata­n obesiti dalam kalangan masyarakat di negara ini berpunca daripada pengambila­n gula secara berlebihan.

Justeru, katanya, langkah menaikkan cukai minuman bergula adalah langkah positif yang diambil kerajaan kerana ancaman diabetes yang meningkat setiap hari.

“Kita bimbang jika perkara ini tidak ditangani segera, lebih ramai berisiko mengidap diabetes,” katanya ketika ditemui pada acara sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Bahagian Samarahan di sini, semalam.

Sambutan yang disertai masyarakat sekitar dimeriahka­n dengan acara pertanding­an mewarna dan Diabetes Fun Run serta saringan kesihatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penggunaan gula yang tidak sihat bagi keperluan harian perlu diganti dengan gula yang sihat seperti buah-buahan.

“Sehubungan itu, kita sarankan pengeluar minuman terkemuka mencari alternatif yang terbaik menggantik­an penggunaan gula yang sihat dalam minuman mereka,” katanya.

Polis masih mengesan saki-baki kumpulan Abu Sayyaf, susulan tangkapan tujuh anggota kumpulan itu di beberapa lokasi di Sabah, baru-baru ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika diminta mengulas mengenai penahanan itu berkata, usaha untuk mengesan semua yang terbabit dalam kumpulan pengganas diteruskan dari semasa ke semasa berdasarka­n maklumat yang ada.

“Berdasarka­n maklumat, memang ada usaha mengesan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ia diteruskan sebab ada maklumat mereka (saki-baki anggota) masih bebas.

“Masih ada lagi yang diburu tetapi kita tak dapat berikan jumlahnya,” katanya ketika ditemui media selepas Program Komuniti Kepolisian Bersama Pesuruhjay­a Polis Sabah di Balai Raya Kampung Tanjung Aru di sini, semalam.

Bagaimanap­un, beliau dalam pada itu meminta orang ramai tidak terlalu bimbang dengan tangkapan itu yang kebanyakan­nya berlaku di Sabah kerana anggota pengganas berkenaan tidak akan mendedahka­n identitiny­a.

“Saya menyeru orang awam jangan bimbang kerana mereka yang terbabit

 ??  ?? DR Nur Fatihah (tengah) bersama pemenang pertanding­an.
DR Nur Fatihah (tengah) bersama pemenang pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia