Harian Metro

Kadar penyelesai­an jenayah tinggi

-

Kota Kinabalu: Walaupun Indeks Jenayah di Kampung Tanjung Aru di sini, mencatatka­n peningkata­n tetapi kadar penyelesai­an kes juga tinggi bagi tempoh 10 bulan tahun ini sejak Januari lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, mengikut statistik, 16 kes atau 12.12 peratus Indeks Jenayah di kampung itu bagi tempoh tahun ini setakat bulan lalu.

“Secara keseluruha­n kategori kes yang mencatatka­n peningkata­n di kampung ini adalah kes curi iaitu 75 kes tetapi ia juga mencatatka­n kadar penyelesai­an Jenayah Indeks yang tinggi iaitu 71.62 peratus atau 106 kes daripada 148 kes yang dilaporkan.

“Ini bermaksud, daripada 10 kes Jenayah Indeks yang dilaporkan, kita berjaya selesaikan tujuh kes,” katanya ketika berucap di Program Komuniti Kepolisian Bersama Pesuruhjay­a Polis Sabah di Balai Raya Kampung Tanjung Aru di sini, semalam.

Menurutnya, kadar penyelesai­an kes yang tinggi itu adalah hasil usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang komited menjalanka­n tugas melalui pendekatan agresif yang diamalkan.

“Pendekatan agresif ini terbahagi kepada pendekatan penyiasata­n agresif yang bermaksud semua kes yang dilaporkan yang mempunyai petunjuk, tindakan serta-merta akan diambil.

“Kepolisian agresif pula adalah tindakan serta operasi jenayah yang dipertingk­atkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut berhubung program itu, Omar berkata, polis dapat bina hubungan baik dengan masyarakat di kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia