Harian Metro

Azmier terharu ditugas solek selebriti

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

sebagai jurusolek atau popular dengan panggilan jurumekap artis (MUA) bukan perkara asing dalam kalangan wanita.

Berbeza dengan Ikon Metro kali ini, Azmier Hisyamuqri­s Juadio Mading yang langsung tidak berasa segan atau malu untuk serius dalam bidang itu sejak tujuh tahun lalu.

Malah hasil ketekunan, semangat mahu memajukan diri dan minat, jejaka berumur 25 tahun ini mencipta nama dalam bidang solekan yang dimonopoli golongan Hawa.

Memulakan kerjaya sebagai jurusolek seawal usia 18 tahun, Azmier berkata, sesuai dengan perubahan semasa, makin ramai lelaki menceburi bidang itu.

“Mungkin masih ramai yang belum terbuka atau sukar untuk menerima jika lelaki aktif dalam bidang solekan dan dandanan kerana wanita lebih dominan.

“Namun, saya percaya saban hari makin ramai yang menerima hakikat ini, kerana jurusolek lelaki juga setanding wanita,” katanya.

Anak bongsu daripada empat beradik ini berkata, berdasarka­n pengalaman sepanjang menceburi bidang itu ada pelanggan yang mahukan sentuhan jurusolek lelaki.

Dia yang berasal dari Lahad Datu, berpendapa­t semua jurusolek atau MUA adalah sama, namun teknik dan kreativiti digunakan ketika menyolek menjadikan mereka istimewa hingga menjadi pilihan pelanggan.

Azmier juga berkata, ada pihak mendakwa bidang itu menjadi pilihan ‘lelaki lembut’ tetapi baginya, terpulang pada individu berkenaan untuk menilai.

“Saya sudah biasa berdepan tanggapan seperti itu tapi kena ingat, bukan semua jurusolek lelaki adalah ‘lembut’.

“Tanggapan atau stigma seperti itu perlu dikikis malah masyarakat sekarang perlu lebih berbuka, setiap apa yang kita lakukan adalah rezeki dan berbeza mengikut individu,” katanya.

Mengimbau perjalanan dalam bidang itu, Azmier menjelaska­n dia memilih kerjaya jurusolek disebabkan minat mendalam yang bermula sejak di bangku sekolah lagi.

Menurutnya, selepas tamat persekolah­an, dia belajar mengenai teknik solekan daripada ramai jurusolek selain mengikuti kelas selama tiga bulan di Rawang, Selangor.

Azmier bersyukur hasil solekannya kini kian diterima baik dalam kalangan pelanggan.

Katanya, paling membanggak­an ialah dia diberi kepercayaa­n menyolek wajah selebriti dan artis popular seperti

Zizi Kirana, Hafiz Suip,

Fatiya Latiff, Ifa Raziah serta pelakon Indonesia, Randy Pengalila.

“Apa juga kerjaya pasti ada persaingan. Saya melihatnya sebagai perkara positif agar tidak mudah selesa dengan apa yang sudah dicapai,” katanya.

 ??  ?? Marzella Sigai
Lahir: 27 November 1993 Tinggi: 163 sentimeter Berat: 48 kilogram
Etnik: Iban
Kelulusan: Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) UNIMAS
Marzella Sigai Lahir: 27 November 1993 Tinggi: 163 sentimeter Berat: 48 kilogram Etnik: Iban Kelulusan: Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) UNIMAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia