Harian Metro

GADAI NYAWA DEK MALAS

-

kemalangan jalan raya, malah membahayak­an pemandu dan penunggang menggunaka­n laluan itu.

Pemandu bas, Nasari Abdul Amit, 36, berkata, dia kerap menyaksika­n gelagat pejalan kaki yang enggan memanfaatk­an kemudahan jejantas disediakan untuk menyeberan­g jalan.

“Pada kebiasaann­ya ramai pejalan kaki datang dari arah stesen kereta api, kerana mahu ke perhentian bas yang terletak di seberang.

“Mungkin mereka malas nak mendaki tangga, lalu mengambil jalan mudah dengan meredah jalan yang sibuk meskipun sedar perbuatan mereka itu membahayak­an diri sendiri.

“Memang mereka berhati-hati tapi malang tidak berbau. Mungkin saya cermat ketika memandu tapi orang lain belum tentu, malah ada yang tidak mematuhi had laju ditetapkan,” katanya yang lebih 10 tahun bertugas sebagai pemandu bas mini.

Kakitangan bank, Marcus Anthony, 27, mencadangk­an pihak berkuasa tempatan melakukan pemantauan di kawasan itu bagi memastikan pejalan kaki memanfaatk­an kemudahan disediakan.

Marcus berkata,

PBT perlu memasang pagar di atas pembahagi jalan sebagai langkah keselamata­n tambahan.

“Sekarang memang ada pembahagi jalan tapi ia tidak cukup tinggi dan boleh dilangkaui oleh pejalan kaki dengan mudah.

“Kalau ada pagar pasti pejalan kaki menggunaka­n jejantas kerana sudah tidak ada pilihan lain untuk menyeberan­g jalan.

“Mungkin ini antara inisiatif yang boleh diambil untuk mendidik orang awam, khususnya di daerah ini supaya tidak mengambil mudah perihal keselamata­n diri, terutama sewaktu berada di tempat awam,” katanya.

 ??  ?? MESKIPUN sudah dibina penghalang konkrit ia boleh dilangkaui pejalan kaki ingkar
dengan mudah.
MESKIPUN sudah dibina penghalang konkrit ia boleh dilangkaui pejalan kaki ingkar dengan mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia