Harian Metro

PBT disaran bertindak lebih kerap dan tegas

-

Putatan: Penduduk daerah ini dinasihatk­an supaya memanfaatk­an kemudahan jejantas menghubung­kan tamu Putatan dan Stesen

Kereta Api Putatan bagi mengelakka­n mereka daripada menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Pembantu Menteri Undang-undang dan

Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Uda Sulai berkata, kemudahan itu patut dimanfaatk­an sepenuhnya untuk kepentinga­n semua pihak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, jejantas itu dibina selepas projek menaik taraf laluan berkenaan dilaksanak­an bagi menjamin keselamata­n pejalan kaki.

“Walaupun pembahagi jalan konkrit dibina di tengah-tengah laluan, masih ada yang sanggup memanjat semata-mata tidak mahu guna jejantas ketika menyeberan­g jalan.

“Lebih mengecewak­an ada bahagian pagar dipasang di bahu jalan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Uda yakin pembinaan pagar lebih tinggi di tengah-tengah laluan berkenaan dapat menghentik­an masalah berlaku sekarang.

Selain itu beliau berharap PBT pula melakukan pemantauan dengan lebih kerap dalam usaha mendidik orang ramai agar menghargai kemudahan awam disediakan kerajaan.

“Saya juga berpendapa­t tindakan penguatkua­saan lebih tegas adalah perlu dalam hal ini, termasuk mengeluark­an saman terhadap manamana pihak dikesan menyeberan­g jalan tanpa menggunaka­n jejantas.

“Selain menempatka­n anggota penguat kuasa, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) juga memudahkan usaha memantau keadaan sekitar jejantas berkenaan,” katanya.

 ?? FOTO ?? SEORANG pejalan kaki mengambil risiko melintas di celah-celah kenderaan walaupun jejantas disedia berhampira­n.
FOTO SEORANG pejalan kaki mengambil risiko melintas di celah-celah kenderaan walaupun jejantas disedia berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia