Harian Metro

RAFIZI TOLAK TANDING RANTAU

Rafizi sahkan tidak bertanding PRK Rantau

- Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@nstp.com.my

Mohd Rafizi Ramli

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli mengesahka­n tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Beliau berkata, walaupun namanya antara disebut-sebut sebagai calon mewakili PKR, hasrat untuk tidak bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sudah disampaika­n kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya sudah sebut daripada awal yang saya tidak berminat apa-apa jawatan awam selama paling kurang dua tahun kerana saya sudah berjanji dengan keluarga.

“Jika saya dibayar RM50 juta sekali pun, saya tidak akan bertanding,” katanya berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kongres Nasional PKR Ke-13 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini,

Jika saya dibayar RM50 juta sekali pun, saya tidak akan bertanding”

semalam.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media semalam mengesahka­n nama Mohd Rafizi antara yang dibangkitk­an sebagai calon PRK DUN Rantau.

Mengulas lanjut, Mohd Rafizi berkata, calon yang paling sesuai untuk bertanding di situ ialah Naib Ketua PKR Cabang Rembau, Dr S Streram.

“Dr Streram sudah bekerja di lapangan untuk dua tahun, ketuk pintu rumah orang, dikenali di peringkat bawahan. Sebab itu orang UMNO gentar berdepan dengan beliau.

“DUN Rantau terdiri daripada 32 peratus pengundi India yang juga komposisi kaum India paling ramai di seluruh negara. Sewajarnya parti perlu meletakkan calon kaum India dan calon terbaik ialah Dr Streram,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? CALON Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) mengangkat tangan bersama Rafizi di Pusat Konvensyen Ideal IDCC, semalam.
CALON Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) mengangkat tangan bersama Rafizi di Pusat Konvensyen Ideal IDCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia