Harian Metro

SEMURAH RM20

-

Tinjauan di kedai menjual ubat sekitar ibu kota mendapati pil gugur dijual pada harga cuma RM20 hingga RM50 saja, malah ia bebas dibeli oleh sesiapa saja.

Malah, proses pembelian pil berkenaan juga tidak ketat dan butiran pembeli tidak direkodkan oleh penjual.

Ia dibuktikan menerusi penyamaran dilakukan wartawan Metro Ahad berhubung lambakan penjualan pil keguguran janin di kedai ubat sekitar ibu kota.

Penyamaran mendapati pelbagai jenama pil gugur dijual dan semua produk itu diimport daripada negara luar seperti China dan Thailand.

Kotak pil tidak mempunyai tanda disahkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) atau selamat digunakan dan ini menimbulka­n persoalan berkaitan tahap keselamata­n.

Hasil perbualan dengan peniaga terbabit memaklumka­n ada pelbagai jenis ubat atau pil keguguran.

“Kita ada jual macam-macam ubat gugur. You (awak) mahu pil yang macam mana. Tapi tak boleh gerenti (jamin) mana yang okay (bagus), kena cuba dulu.

“Harga pun tak mahal. Boleh dapat dalam RM20 hingga RM50 tengok pada jenis apa mau (mahu) ambil.

“Ada dari China dan Thailand. Ini paling ramai orang beli. Boleh cuba, mesti boleh keluar (gugur) punya,” kata peniaga itu.

Ketika wartawan bertanyaka­n berhubung pil keguguran mana yang paling ramai dibeli oleh pelanggan, peniaga itu memaklumka­n pil keluaran Thailand lebih cepat berkesan untuk keguguran.

“Pil Thailand ini lagi cepat kesan, tapi harga tinggi sikit, RM50. Dalam kotak ada enam biji pil, makan pagi, tengah hari dan malam, selama dua hari. Hari ketiga confirm (pasti) keluar (keguguran) semua.

“Kalau pil lain mungkin ambil masa sedikit. Mungkin kena beli dua tiga peket,” katanya.

Hasil tinjauan mendapati beberapa kedai ubat di sekitar ibu kota turut menjual pil keguguran yang sama secara terbuka dan sesiapa saja boleh membelinya tanpa direkodkan butiran pembeli.

Wartawan ‘mencuba nasib’ ke beberapa farmasi berdaftar sekitar ibu kota, namun semuanya memaklumka­n tidak menjual pil gugur.

 ??  ??
 ??  ?? WARTAWAN memasuki kedai untuk membeli pil gugur.
WARTAWAN memasuki kedai untuk membeli pil gugur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia