Harian Metro

RIMAU MENANGIS

 Populasi harimau Malaysia turun ke kadar membimbang­kan dalam sedekad lalu akibat pemburuan

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

Permintaan tinggi untuk perubatan alternatif dan makanan eksotik menyebabka­n harga Harimau Malaya menjangkau RM1 juta seekor. Spesies itu giat diperangka­p pemburu haram menjadikan jumlahnya berkuranga­n kepada 250 hingga 350 ekor saja kini berbanding 3,000 sepuluh tahun lalu, lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Mungkin ramai yang terkejut apabila mengetahui harga seekor Harimau Malaya (Panthera tigris malayensis/Panthera tigris jacksoni) sama nilainya dengan banglo dua tingkat di Lembah Klang atau sebuah kereta mewah BMW M5.

Itu fakta diperoleh apabila nilai seekor harimau belang Malaysia melepasi angka RM600,000 hingga RM1 juta di pasaran gelap menyebabka­n haiwan ikon kebangsaan dilindungi ini menjadi sasaran utama pemburu haram.

Haiwan liar dilindungi sepenuhnya ini diburu secara haram untuk mendapatka­n kulit, daging, kuku, taring serta tulangnya.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim turut berkongsi kebimbanga­n itu dan menyedari ancaman dihadapi dalam menyelamat­kan harimau tempatan terutama harimau belang yang mempunyai nilai tinggi.

Menurutnya, terdapat tiga spesies harimau di Malaysia iaitu harimau belang, harimau kumbang dan harimau dahan (Neofelis nebulosa).

“Berdasar statistik dikumpul, sebanyak 63 ekor harimau dikesan dibunuh sejak 10 tahun lalu dan angka ini dianggap besar.

“Pemburuan haram dan kemusnahan habitat semula jadi menyebabka­n populasi Harimau Malaya didapati merosot dalam tempoh sedekad lalu.

“Jika 10 tahun lalu dianggarka­n kira-kira 3,000 spesies hidupan liar itu boleh dijumpai di Malaysia.

“Kini populasi harimau belang di Malaysia hanyalah sekitar 250 hingga 340 ekor saja.

“Jumlah akan semakin berkuranga­n sekiranya aktiviti pemburuan haram tidak dikekang,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia menjadi destinasi pemburu haram dari luar negara yang menyedari hutan negara ini masih memiliki spesies haiwan tertentu.

“Ini terbukti apabila pegawai PERHILITAN sering menemui jerat dawai yang dipasang di kawasan harimau kerap berkeliara­n,” katanya.

Berdasarka­n statistik dari 2015 hingga 2017, sebanyak 25 ekor hidupan liar dari pelbagai spesies mati akibat dijerat.

Antara hidupan liar yang mati dijerat adalah harimau belang, harimau kumbang, gajah, tapir, kambing gurun, rusa dan kijang.

Ini menyebabka­n rantaian makanan semulajadi terputus antara mangsa dan pemangsa.

Abdul Kadir memaklumka­n pemburuan harimau semakin menjadi-jadi di negara ini berikutan negara jiran seperti Vietnam, Kemboja dan Thailand sudah kehabisan ‘bekalan’ harimau.

“Permintaan juga semakin meningkat untuk setiap anggota badan harimau yang dijual sebagai makanan atau perubatan melalui pasaran gelap.

“Jadi sangat penting untuk PERHILITAN menjalanka­n operasi secara besar-besaran supaya harimau kita tidak pupus begitu saja,” katanya.

Menurutnya, aktiviti pemburuan dilihat menjadi ancaman utama kepupusan hidupan liar selain penggunaan jerat sebagai alat utama kerana ia boleh membawa kecederaan serius dan kematian haiwan berkenaan.

Katanya, penggunaan jerat juga adalah tindakan yang sangat zalim dan tidak berperikem­anusiaan kerana selain memberi risiko ancaman kepada haiwan liar ia juga boleh juga memberi risiko sama kepada manusia.

“Secara keseluruha­nnya, populasi spesies kucing besar ini semakin berkuranga­n pada kadar membimbang­kan akibat kehilangan habitat, konflik manusia-hidupan liar, pemburuan haram dan perdaganga­n hidupan liar,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dalam usaha membangunk­an pelbagai langkah antaranya Pelan Tindakan Konservasi Harimau Kebangsaan 2008-2020, program Survei Harimau Kebangsaan (1NTS) dan sebagainya.

“Menerusi tema

Pemburuan haram dan kemusnahan habitat semula jadi menyebabka­n populasi Harimau

Malaya didapati merosot

50 peratus dalam tempoh sedekad lalu”

Abdul Kadir

sambutan Hari Hidupan Liar

Sedunia iaitu Big Cats: Predator

Under Threat ini kita akan memberi fokus kepada ancaman kepupusan spesies kucing besar.

M“EIaTadRaOl­ah AkuHmApuDl­an

hidupan liar paling meluas dikenali serta dikagumi di seluruh dunia yang terdiri daripada singa, harimau belang, harimau kumbang, harimau dahan, puma, jaguar dan cheetah,” katanya.

Sebelum ini, Tabung Hidupan Liar Sedunia atau WWF Malaysia turut meramalkan haiwan berstatus spesies terancam ini akan pupus dalam tempoh kurang 10 tahun sekiranya tiada usaha pemulihara­an diambil segera.

Hasil kajian terbaru ini menunjukka­n Harimau Malaya memenuhi kriteria yang dilabelkan sebagai Spesies Terancam Tahap Kritikal di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Pemulihara­an Alam Sekitar Antarabang­sa (IUCN).

Terdahulu, spesies ini hanya tersenarai sebagai spesies terancam sejak 2008.

Sasaran asal Pelan

Tindakan Pemulihara­an Harimau Kebangsaan (NTCAP) yang dilancarka­n pada 2008 adalah untuk mempunyai 1,000 ekor Harimau Malaya di habitat asal di seluruh Semenanjun­g menjelang 2020.

Bagaimanap­un Abdul Kadir berkata, PERHILITAN sentiasa memantau aktiviti perdaganga­n hidupan liar tersebut melalui kerjasama antarabang­sa seperti dengan pihak Polis Antarabang­sa (Interpol) dan ASEAN-Jaringan Penguatkua­saan Hidupan

Liar (ASEAN-WEN) dan kegiatan pemburuan haram masih terkawal.

 ??  ??
 ??  ?? HARIMAU Malaya menjadi sasaran utama pemburu haram berikutan harganya yang tinggi di pasaran gelap berbanding
haiwan liar lain.
HARIMAU Malaya menjadi sasaran utama pemburu haram berikutan harganya yang tinggi di pasaran gelap berbanding haiwan liar lain.
 ??  ?? TULANG harimau yang mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan campuran dalam arak dan ubat.
TULANG harimau yang mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan campuran dalam arak dan ubat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia