Harian Metro

‘JANGAN TAKUT, KITA LAWAN!’

- Amir Abd Hamid, Mahaizura Abd Malik dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Ekor Harimau Malaya akan pastikan skuad negara bersemanga­t menentang Naga Emas

Membawa ngauman semangat Harimau Malaya menjadi azimat penyokong tegar pasukan kebangsaan sebagai membuktika­n sokongan padu ketika Malaysia menentang skuad Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi dalam penentuan final kedua hari ini.

Itu juga antara strategi kumpulan penyokong menggelark­an mereka sebagai Ekor Harimau Malaya bagi memastikan skuad negara sentiasa bersemanga­t waja berentap dengan Naga Emas kelak.

Ahli kumpulan penyokong berkenaan Mohd Fariq Sumairi, 32, berkata, gelombang ngauman penyokong boleh menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk pemain negara ketika menentang pihak lawan.

“Strategi di atas padang kita serahkan kepada pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dan anak buah.

Namun, bagi kami pertempura­n itu juga sudah semestinya perlu dibantu sokongan padu dengan lontaran suara jitu di luar padang.

“Masa 90 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah berakhir dengan keputusan seri dua sama. Kini berbaki lagi 90 minit terakhir buat skuad Harimau Malaya membuktika­n mereka adalah raja ASEAN.

“Dipadukan dengan sorakan hampir 90,000 penyokong di kandang sendiri Selasa lalu, aksi perlawanan akhir kedua pula bakal menyaksika­n lontaran ngauman sorakan 3,000 penyokong yang diterbangk­an khas demi pasukan kesayangan,” katanya.

Rakannya, Fakarudin Talib, 40, pula berkata, biarpun di atas kertas Vietnam mempunyai kelebihan, tetapi itu hanya sekadar congakan yang tidak akan memadamkan sorakan padu bakal dilaungkan oleh ribuan kumpulan penyokong.

“Itu janji penyokong yang akan hadir. Ini adalah satu kegilaan. Sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah bola sepak negara di mana penyokong berhempas-pulas berebut untuk mendapatka­n slot terhad aksi final malam ini.

“Ada yang berhabis wang simpanan, bergolok-gadai harta kesayangan dan terpaksa meminjam. Semuanya demi satu tujuan iaitu untuk menyokong dan sama-sama bertarung bersama skuad negara menentang Vietnam.

“Pemain bertarung di dalam padang, kami membantu di luar. Perlawanan ini bukan perlawanan buat pemain saja. Tetapi perlawanan ini adalah perlawanan kami juga. Kita sama-sama akan berjuang untuk bergelar juara. Jangan takut, kita lawan sampai menang. Mengaumlah Harimau Malaya,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, dilaporkan meminta pemain Harimau Malaya segera melupakan kekecewaan seri 2-2 dengan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berdasarka­n peraturan jaringan tempat lawan, dua gol yang diraih skuad Naga Emas pada aksi final pertama Piala AFF itu jelas memberi kelebihan buat Vietnam yang hanya memerlukan seri tanpa jaringan apabila bertemu buat kali kedua di Hanoi.

Namun, ia bukan penamat buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe dengan Hamidin percaya peluang Malaysia masih terbuka asalkan pemain segera bangkit dan fokus untuk aksi timbal balik itu nanti.

 ??  ?? MOHD Fariq, (empat dari kiri) dan Fakarudin (dua dari kiri) bersama sebahagian penyokong ketika menyaksika­n skuad Harimau Malaya menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu. Mereka akan bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Hanoi dalam aksi kedua final Piala Suzuki AFF hari ini.
MOHD Fariq, (empat dari kiri) dan Fakarudin (dua dari kiri) bersama sebahagian penyokong ketika menyaksika­n skuad Harimau Malaya menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu. Mereka akan bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Hanoi dalam aksi kedua final Piala Suzuki AFF hari ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia