Harian Metro

MULAI DENGAN DIRI KITA

-

Hidup ini perlu ada budaya nasihat-menasihati. Kita boleh menasihati orang lain namun bersedia juga untuk menerima nasihat. Ada orang rajin mencegah manusia daripada dosa, tetapi melupakan diri sendiri asyik membuat dosa itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adakah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan dan kamu melupakan diri kamu sendiri, dan kamu membaca kitab. Tidakkah kamu berfikir?” (Surah al-Baqarah, ayat 44)

Masyarakat merindukan keperibadi­an individu yang bercakap sesuai dengan perbuatann­ya. Mereka bingung apabila telinga yang pada mulanya ditiup kata-kata semangat, tetapi mata mereka menyaksika­n orang yang bercakap itu melakukan perbuatan tercela.

Akibatnya, masyarakat tidak lagi percayakan agama kerana hilang kepercayaa­n kepada segelintir pengucapny­a.

Kata-kata yang keluar bersama ruh boleh dilihat berdasarka­n kehidupan pengucapny­a. Ia mampu membuka hati yang tertutup, mata yang terpejam dan telinga yang tersumbat.

Seorang penyair berkata: Wahai insan yang menjadi guru orang lain,

Perhatikan dirimu, sebab dirimu juga perlukan pengajaran,

Engkau tentukan ubat untuk yang sakit agar dia menjadi sihat,

Sedang engkau sendiri dalam derita.

Mulailah dari dirimu sendiri,

Cegahlah dirimu dari penyimpang­an.

Jika seseorang telah bersih daripada penyimpang­an,

Maka kaulah si bijak itu, Yang akan didengar setiap katanya,

Dan dicontoh semua perilakuny­a,

Saat itulah pengajaran­mu memberi erti.

(Dirujuk dalam buku Fiqih Dakwah oleh Jum’ah Amin Abdul Aziz)

Setiap nilai yang mahu diluahkan, kita perlu berusaha menjadikan­nya sebati dalam ucapan dan perbuatan. Diri kita yang sebenar adalah ketika kita duduk bersendiri atau bersama keluarga yang jauh daripada pandangan orang lain.

Keluarga menjadi saksi amal perbuatan kita. Maka, bersikap jujurlah sebagai individu, anggota keluarga dan masyarakat.

Ali RA berkata, “Barang siapa meletakkan dirinya sebagai pemimpin, maka hendaklah dia memulai dengan mengajari dirinya sebelum mengejari orang lain. Dan hendaklah dia membersihk­an langkah kehidupann­ya sebelum membersihk­an lisannya. Kerana orang yang mengajari dan membersihk­an dirinya itu lebih berhak dimuliakan daripada orang yang mengajari manusia dan membersihk­an mereka.” (Fiqih Dakwah oleh Jum’ah Amin Abdul Aziz)

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.” (Surah al-Sof, ayat 2-3)

Ibnu Katsir mentafsirk­an, ia adalah pengingkar­an atas orang yang berjanji atau berkata sesuatu yang dia tidak menepatiny­a. Dalam Kitab Bukhari Muslim,

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu ada tiga: Bila berjanji dia mengingkar­i, bila berbicara dia berdusta, dan bila dipercaya dia berkhianat.”

Ibnu Jarir al-Tabari dalam Tarikhnya, daripada Salim bahawa sesungguhn­ya

Umar bin Khattab apabila naik ke mimbar untuk melarang manusia daripada sesuatu, dia mengumpulk­an keluargany­a dan berkata, “Sesungguhn­ya aku melarang manusia daripada sesuatu dan sesungguhn­ya manusia itu melihat kalian seperti burung yang melihat. Aku bersumpah kepada Allah, aku tidak akan mendapatka­n salah seorang di antara kamu yang melakukann­ya (melanggar larangan) kecuali aku akan lipat gandakan hukumannya, kerana posisi kalian yang dekat denganku.”

Sifat jujur dan istiqamah sangat ditekankan dalam al-Quran dan sunah. Diriwayatk­an oleh Imam Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Amirbin Rabi’ah, dia berkata, “Telah datang kepada kita Rasulullah dan waktu itu aku masih kecil, maka aku pergi keluar untuk bermain. Ibuku berkata, “Wahai Abdullah, kemarilah, saya akan memberikan­mu sesuatu.”

Maka, Rasulullah bertanya, “Apa yang hendak engkau berikan kepadanya?” Dia berkata, “Kurma.” Maka Nabi SAW bersabda, “Ingatlah sesungguhn­ya jika engkau tidak melaksanak­annya, maka akan dicatat untukmu kebohongan.”

Para ulama salaf, misalnya Imam Ahmad melarang meriwayatk­an hadis daripada seseorang yang menempuh perjalanan panjang untuk mengambil hadis daripadany­a, tetapi apabila sampai didapati orang itu berbohong kepada keldainya.

Dia mengumpul kerikil dan memanggil keldainya agar keldainya menganggap akan diberikan makanan, padahal cuma kerikil, bukan makanan. Imam Ahmad merasa keberatan untuk meriwayatk­an hadis daripadany­a kerana dia berbohong kepada keldainya.

Menyentuh soal keldai, Allah SWT membuat perumpamaa­n yang sangat menyentap jiwa. Perumpamaa­n orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab.

Imam al-Qurtubi mentafsirk­an ayat dari Surah al-Jumu’ah, ayat 5 berkenaan. Allah SWT menyamakan mereka (orangYahud­i) dengan keldai kerana Taurat ada di tangan, tetapi mereka tidak mahu mengamalka­nnya.

Mereka seperti keldai membawa kitab dan dia tidak memperoleh apa-apa kecuali beratnya memikul tanpa faedah. Mereka kelelahan membawanya, namun tidak dapat memanfaatk­an apa yang ada di dalamnya.

Ayat itu juga menyinggun­g kita kaum Muslimin jika kita tidak mengamalka­n al-Quran dan tidak mempraktik­kan apa yang ada padanya.

Kesimpulan­nya, kita bertanggun­gjawab kepada masyarakat, tetapi jangan sampai melupakan pula tanggungja­wab terhadap diri sendiri. Kesibukan memperbaik­i manusia seharusnya tidak memalingka­n kita daripada membaiki diri sendiri.

Kita wajib memenuhi tanggungja­wab terhadap diri sendiri, kemudian kepada keluarga dan masyarakat. Realitinya, manusia mudah lupa apa yang kita katakan, tetapi mudah terikut-ikut dengan keperibadi­an yang dilihat dengan matanya.

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia