Harian Metro

98 DAPAT 11A

- Mohd Zulkifli Zainuddin mohd.zulkifli@nstp.com.my

Maahad Muhammadi Lelaki catat sejarah tersendiri dalam Pentaksira­n Tingkatan 3

Maahad Muhammadi Lelaki mencatatka­n sejarah tersendiri apabila 98 pelajarnya memperoleh 11A dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) tahun ini.

Pengetuany­a Kamarjan Abdul Rahman berkata, sejak PT3 dilaksanak­an pada 2014, ia pencapaian tertinggi diperoleh sekolah berkenaan berbanding 67 pelajar yang memperoleh 11A tahun lalu.

Beliau berkata, walaupun sekolah tidak mencapai sasaran 120 daripada 187 pelajar yang memperoleh 11A, pencapaian itu paling baik hasil bantuan Alumni Maahad Muhammadi Lelaki dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mengadakan pelbagai program kecemerlan­gan.

Katanya, selain 11A, seramai 24 pelajar mendapat keputusan 10A, 9A (21), 8A (13), 7A (14), 6A (12), 5A (dua) dan 4A (tiga).

“Walaupun kita mencapai 95.72 peratus lulus, namun pencapaian kita meningkat apabila memperoleh gred purata 1.23 berbanding 1.4 tahun lalu.

“Dari segi kaedah pengajaran dan pembelajar­an (P&P) sama seperti sekolah lain, cuma kita memberi tumpuan kepada pelajar yang dikenal pasti bakal mendapat 11A, pada masa sama memberi tumpuan kepada pelajar lemah supaya memperoleh C atau D dalam mata pelajaran berbanding E.

“Menerusi cara ini, semua kelompok pelajar dapat merasakan momentum kecemerlan­gan termasuk pelajar lemah walaupun pelajar ini tahu dia tidak akan mendapat 11A, tetapi tidak gagal, jadi semua akan berlumba-lumba untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam, selepas berita kejayaan sekolahnya itu mula tular di laman Facebook, sejak kelmarin.

Selain Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan turut mencatat keputusan cemerlang apabila seramai 73 pelajarnya memperoleh 11A.

Pengetuany­a Mohd Mansor Daud berkata, selain itu seramai 76 pelajar mendapat keputusan 10A, 9A (60), 8A (58), 7A (51), 6A (31), 5A (14) dan 4A (enam).

“Kita masih mengekalka­n keputusan cemerlang setiap tahun dan kita memperoleh 99.7 peratus lulus daripada seramai 361 pelajar menduduki PT3 tahun ini,” katanya.

 ??  ?? SERAMAI 98 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki mendapat 11A dalam peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3.
SERAMAI 98 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki mendapat 11A dalam peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia