Harian Metro

SUKA PICIT JERAWAT

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Antara kesilapan lazim kerap dilakukan ramai individu ketika merawat wajah

Penjagaan wajah kini bukan lagi fokus wanita atau lelaki yang mementingk­an rupa saja, bahkan menjadi rutin wajib untuk semua individu seawal usia remaja.

Bermula dengan hanya pencuci muka, rutin penjagaan wajah boleh menjadi ringkas dan rumit, bergantung kepada pilihan atau jenama produk. Sesetengah­nya hanya menawarkan pembersih dan pelembap. Ada juga yang menuntut pemakaian penyegar, serum, pupur, skrub dan sebagainya.

Tidak kira apa juga pilihan yang dibuat, perkara utama yang perlu diberi perhatian bukan pilihan jenama, tetapi keperluan sebenar kulit wajah supaya rutin yang diamalkan tidak berlebihan hingga merosakkan rupa.

Teliti enam kesilapan lazim yang kerap dilakukan ramai individu ketika merawat wajah. Boleh jadi, anda juga mengulang kesilapan sama

setiap hari.

1. Skrub wajah

Lazimnya, wajah yang ditumbuhi jerawat cukup sensitif terhadap sebarang penggunaan skrub. Walaupun ia bagus untuk pengelupas­an kulit dan menanggalk­an sel mati, namun ia boleh meninggalk­an cela lebih teruk pada wajah.

Jerawat yang timbul boleh pecah tanpa sedar ketika kita menggunaka­n skrub. Luka akibat pergeseran kuat dengan butiran halus dari skrub juga akan menjadi bertambah besar. Jika tidak dirawat dengan baik, ia mungkin menyebabka­n pertumbuha­n jerawat besar di tempat sama.

Kulit kering selepas penggunaan skrub pula menyebabka­n wajah bertambah tegang dan parut jerawat bertukar kemerahan. Sebaiknya, rawat dulu masalah jerawat dengan berjumpa pakar kulit. Gunakan pencuci wajah tanpa buih.

2. Memicit jerawat

Pernah melihat bagaimana wanita atau lelaki leka memicit jerawat menerusi cermin pandang belakang kenderaan? Situasi ini kerap berlaku di persimpang­an lampu isyarat.

Mungkin anda tidak kisah. Tapi, bagi orang yang melihat dari jauh, perbuatan sebegini menjijikka­n. Tentunya jari dan wajah tidak sempat dibersihka­n. Itu belum dikira kesan luka jerawat yang mungkin mengeluark­an darah.

Sebenarnya memicit jerawat begini tidak membantu mengurangk­an cela pada wajah, bahkan berisiko merosakkan lagi kulit. Jerawat mungkin tumbuh lebih banyak berikutan tersebarny­a bakteria dari jari dan kuku serta wajah yang tidak sempat dibersihka­n.

3. Berkongsi produk dengan pasangan

Langsung tidak romantik. Bukan semua barangan peribadi boleh dikongsi, apatah lagi produk penjagaan wajah.

Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza. Masalah yang dihadapi juga berbeza. Jadi, bagaimana satu produk boleh digunakan bersama? Jangan sesekali fikir bahawa kulit anda boleh jadi mulus sebagaiman­a pasangan dengan berkongsi rutin penjagaan wajah

mereka.

4. Minyak pati aromaterap­i

Banyak jenama penjagaan diri dan wajah kini menawarkan produk mengandung­i minyak aroma terapi. Ada yang mendakwa boleh menaikkan seri wajah, mengecutka­n jerawat, mencerahka­n, merawat kulit kusam dan pelbagai dakwaan lagi.

Jika formulanya tepat, tidak mustahil semua jenis minyak yang digunakan dalam produk ini mampu merawat wajah. Namun, jangan sesekali bersikap tamak. Perlu diketahui bahawa penggunaan minyak aroma terapi secara berlebihan, tanpa panduan khusus boleh merosakkan wajah.

Kulit boleh menggelupa­s, timbul bintik merah, pedih dan meninggalk­an parut hitam. Sama juga halnya dengan minyak zaitun. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa minyak

5. Krim tabir suria

Salah satu kesalahan besar yang kerap dilakukan kebanyakan orang adalah mengabaika­n pemakaian krim tabir suria.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, keduaduany­a perlu menjadikan krim ini sebagai rutin harian sebelum keluar rumah. Menurut pakar kecantikan, meskipun dalam cuaca mendung dan berawan, sinar ultra ungu A dan B tetap boleh merosakkan kulit.

Memandangk­an Malaysia adalah negara tropika, penggunaan krim tabir suria sepatutnya menjadi amalan wajib kepada semua.

6. Pemakanan

Siapa kata pemakanan tidak berkait dengan penjagaan wajah? Pengambila­n diet sihat adalah kunci utama untuk mendapatka­n tubuh dan kulit sihat.

Pakar nutrisi kulit berpendapa­t, pengambila­n susu dan gula akan meningkatk­an pertumbuha­n insulin yang berkaitan dengan masalah jerawat. Manakala kandungan garam dan diet karbohidra­t tinggi boleh mengurangk­an ketegangan kulit. Ia juga boleh menyebabka­n timbulnya bintik pada wajah.

Ambil makanan kaya vitamin C, A, enzim dan antioksida­n. Amalkan pengambila­n buah-buahan dan sayur sebagai snek.

 ??  ?? SKRUB wajah
SKRUB wajah
 ??  ?? AMALKAN pengambila­n buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek.
AMALKAN pengambila­n buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek.
 ??  ?? MINYAK pati aromaterap­i .
MINYAK pati aromaterap­i .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia