Harian Metro

JAM TANGAN PINTAR LASAK

-

Kedudukan Global (GPS) ini tampak cukup menyerlah di pergelanga­n tangan pemakai. Ia boleh menahan suhu dari -20 darjah Celsius sehingga 60 darjah Celsius.

Lebih dari itu, ia juga tahan lasak biarpun ketika dijatuhkan bersama beban pada jarak ketinggian 122 sentimeter dan kalis air sehingga kedalaman 100 meter.

Dilancarka­n dalam tiga warna berbeza, jam tangan pintar lasak ini pasti mencuri perhatian ramai berikutan fungsinya yang pelbagai, memiliki kemampuan luar biasa dalam merekod data lokasi, mengesan pergerakan, aktiviti, tahap kecergasan tubuh serta maklumat peribadi pemakai.

Kata Pengarah

Urusan Garmin Asia Selatan, Engelhard (Al) Sundoro, pihaknya teruja menampilka­n Garmin Instinct dalam senarai model jam lasak kerana ia boleh dipercayai.

“Jam ini direka memenuhi standard ketenteraa­n dan menyerlah kerana tahan haba, tahan lasak dan kalis air. Tidak ketinggala­n, Instinct juga menyokong gaya hidup aktiviti yang aktif dengan ciri-ciri pemanduan arah, pengesan kecergasan menerusi kadar degup jantung di bahagian pergelanga­n dan kemudahan GPS,” katanya.

Jam pintar ini sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal, mendaki bukit, meneroka hutan dan menawan puncak gunung. Mereka tidak perlu bimbang kerana rangkaian Satelit Navigasi Global (GNSS) dapat membantu pengguna mengesan lokasi dalam persekitar­an yang mencabar.

Dengan fungsi kadar degup jantung, pengguna boleh memantau aktiviti harian, termasuk tahap tekanan, rehat, tidur dan maklumat kesihatan peribadi. Selain itu, ia juga merekodkan jarak berjalan, jumlah kalori terbakar dan banyak panduan berguna buat pemakai.

Sementara itu, duta jenama Garmin Malaysia, Sharifah Sakinah yang juga pelakon dan perunding kecergasan berkata, jam baru itu adalah inovasi sempurna yang sesuai untuk kehidupan serba mencabar.

“Sama ada bersenam di gimnasium hinggalah mendaki, Garmin Instinct adalah pencatat maklumat peribadi terbaik kerana ia berupaya mengesan semua pergerakan dan aktiviti setiap hari,” katanya.

 ??  ?? SHARIFAH Sakinah menunjukka­n jam pintar pilihannya.
SHARIFAH Sakinah menunjukka­n jam pintar pilihannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia