Harian Metro

Shima tergamam dikunjungi Ameng

-

Kuala Lumpur: “Saya tergamam dan terkejut melihat Ameng datang ke warung. Perasaan terharu pun ada apabila melihat dia sudi bertandang ke tempat saya cari makan,” kata penyanyi Shima mengenai kunjungan mengejut Ameng ke Warung Teringin miliknya Khamis lalu.

Shima atau Ku Nazhatul Shima Kamarazzam­an, 49, berkata, dia hanya dimaklumka­n warungnya bakal dikunjungi peminat yang teringin merasa nasi campur dan lauk pauk masakannya.

“Saya langsung tak tahu kejutan ini. Pegawai Perhubunga­n Awam Artis, Dankerina beritahu saya supaya masak lebih dan pakai cantik-cantik kerana peminat nak datang makan dan bergambar.

“Rupa-rupanyanya ada kejutan kerana ia dirancang Ameng bersama sebahagian ahli kelab peminatnya.

“Malah dia bukan datang sendirian sebaliknya turut bawa bersama Nizam Laksamana, Bagio Damasutra dan komposer Zul Mahat,” katanya.

Menurutnya, kehadiran mereka mengimbas kisah lampau terutama ketika berjuang dalam pertanding­an akhir Juara Lagu pada awal 1990-an.

“Hubungan rakan artis era dahulu memang rapat. Saya dan Ameng bernaung di bawah label Sony Music Entertainm­ent, manakala Nizam dan Bagio sering bertemu ketika sama-sama buat katanya.

Shima yang popular menerusi lagu Teringin mengusahak­an warung sebagai pendapatan sampingan selain nyanyian bermula 3 Disember lalu di tapak berhampira­n kediamanny­a di Pangsapuri Lestari, Damansara Damai.

Dia bersyukur apabila permintaan­nya untuk berniaga mendapat kebenaran pihak pengurusan pangsapuri itu serta menerima sokongan masyarakat.

“Alhamdulil­lah, memang tak mengecewak­an kerana jualan saya habis setiap hari. Terima kasih terhadap pihak media dan rakan yang tularkan mengenai perniagaan saya di laman sosial.

“Pelanggan bukan saja dari sini bahkan ada dari Kajang. Mereka peminat saya dan bawa bersama CD saya untuk ditandatan­gan,” katanya.

Shima yang dibantu suaminya, Abdullah Rusli, 41, bersyukur dengan apa yang diperoleh kerana dapat menampung kehidupan mereka.

“Dengan hasil jualan kami dapat bayar sewa rumah, bil serta beli ubat.

“Saya perlu sentiasa makan ubat sakit slip disc dan tak boleh lasak. Begitu juga suami yang kurang sihat kerana pernah kemalangan.

“Kami perlu ke pasar borong seawal jam 1 pagi untuk beli ikan segar. Saya tak suka guna ikan sejuk beku dalam masakan,” katanya.

 ??  ?? ADIBAH
ADIBAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia