Harian Metro

Kementeria­n Kesihatan sudah bayar

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membayar perkhidmat­an kawalan keselamata­n di Hospital Putrajaya kepada syarikat yang dilantik sejak Jun tahun lalu.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata, dakwaan pengawal keselamata­n tidak menerima gaji selama tiga bulan adalah di bawah tanggungja­wab syarikat berkenaan.

Menurutnya, pihak kementeria­n membuat bayaran perkhidmat­an itu kepada syarikat berkenaan bermula

1 Jun 2017 hingga 30 November lalu.

Katanya, tiada bayaran tertunggak sepanjang tempoh itu dan pihaknya tidak menerima aduan mengenai pengawal keselamata­n tidak dibayar gaji selama tiga bulan.

“Pihak kami menandatan­gani Perjanjian Perkhidmat­an Kawalan Keselamata­n (Tanpa Senjata),

Bersenjata dan Tunai dalam transit bagi tempoh dua tahun mulai 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2019 dengan syarikat berkenaan.

“Berdasarka­n perjanjian, syarikat berkenaan bertanggun­gjawab membayar gaji, caruman Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP), bayaran kerja lebih masa dan sebagainya kepada pengawal keselamata­n mengikut peruntukan undang-undang termasuk Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan apa-apa perundanga­n subsidiari dibuat mengikut undang-undang berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, perjanjian itu ditamatkan hari ini melalui Notis Penamatan Perkhidmat­an bertarikh 12 Disember lalu kerana pelanggara­n syarat perjanjian oleh syarikat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia