Harian Metro

AQUAMAN PENUTUP TERBAIK 2018

-

Apabila mengangkat siri komik ke layar lebar, kebanyakan penerbit dan pengarah sekadar mengadapta­si saja.

Walaupun ada pengecuali­an yang jelas, siri komik biasanya tidak menafsirka­n apa yang ada dalam buku ke layar lebar dan begitu juga sebaliknya.

Namun apabila filem arahan anak Malaysia ini muncul, hampir semua pengkritik memuji dan mendakwa Aquaman versi James Wan adalah paling tepat dengan siri buku komik.

Jason Momoa berjaya menzahirka­n watak sebagai Aquaman walaupun pada pandangan pertama peminat siri buku komik akan mendakwa dia langsung tidak kelihatan seperti Aquaman. Hakikatnya, dialah paling sesuai untuk watak adiwira lautan itu.

Berbalik pada ketepatan dengan siri buku komik, setiap karakter dibentuk dengan penuh estetika dan ada personalit­i.

Misalnya watak Black Manta lakonan Yahya Abdul Mateen II, walaupun ada yang pertikai kenapa topi yang dipakainya terlalu besar hingga nampak persis watak penjahat dalam siri Power Rangers dan sebagainya, figura antagonis itu benarbenar menjadi seperti Black Manta dalam buku komik.

Soal aksi, James Wan berjaya mengangkat babak pertarunga­n dalam Aquaman sebuah bahasa sinematik yang unik terutama dengan memberikan ruang besar kepada permulaan babakbabak itu.

Permainan shot seperti itu berjaya memaparkan sisi geografi premis dan sebaik saja penonton mula terpukau dengan keadaan sekeliling, barulah dia beralih ke koreografi pertarunga­n.

Selain itu, babak aksi juga diberi masa lebih lama untuk dicanai dan dihargai penonton serta peminat.

Plot filem juga cepat tapi masih mampu mempersemb­ahkan jalan cerita yang padat serta motivasi jelas untuk watak protagonis dan antagonis.

Pujian juga harus diberikan kepada skor muzik yang berjaya menarik minat penonton hinggalah ke paparan kredit pada penghujung tayangan.

Rumusannya, filem aksi pengembara­an ini adalah produk DC terbaik sebagai penutup tahun 2018 selepas Wonder Woman dan Justice League sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? FILEM: Aquaman
ARAHAN: James Wan PELAKON: Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Nicole Kidman dan Yahya Abdul-Mateen II
GENRE: Aksi fantasi TAYANGAN: 13 Disember 2018 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari
FILEM: Aquaman ARAHAN: James Wan PELAKON: Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Nicole Kidman dan Yahya Abdul-Mateen II GENRE: Aksi fantasi TAYANGAN: 13 Disember 2018 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia