Harian Metro

Pilih embrio

- NO RLAILAHAMI­MAJAMALUDD­IN 1-300-22-6787 S A M B: 8269 Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my laila@mediaprima.com.my

Dianggarka­n kira-kira 40 peratus kromosom embrio mengalami abnormalit­i (ketidaknor­malan) apabila umur wanita mencecah lewat 20-an dan peratusan itu meningkat sekali ganda sebaik berusia 42 tahun.

Ini bererti seiring dengan peningkata­n umur wanita, kebanyakan bakal ibu berusia sukar untuk hamil kerana kewujudan kromosom embrio yang mengalami abnormalit­i ini.

Kecacatan kromosom tidak saja menjurus risiko masalah penyakit genetik terhadap bayi bahkan juga meningkatk­an kadar keguguran dalam kalangan ibu.

Pengasas bersama Recombine Inc, Dr Santiago Munne mengakui embrio yang dihasilkan melalui proses persenyawa­an invitro (IVF) mempunyai sekurang-kurangnya antara 40 hingga 80 peratus peluang untuk mempunyai kromosom yang abnormal.

“Justeru diagnosis genetik praimplant­asi

(PGD) atau terkini, ujian genetik praimplant­asi

(PGT) digunakan bagi menyaring penyakit genetik bawaan bayi ketika dalam proses pemilihan embrio terbaik dan bebas penyakit yang diletakkan di dalam rahim ibu menerusi proses persenyawa­an in-vitro.

“PGT adalah ujian embrio yang dihasilkan melalui proses IVF. Teknik standard PGT adalah mengumpul embrio, membesarka­nnya seterusnya melakukan biopsi. Selalunya sebanyak lima hingga 10 sel daripada embrio dipilih bagi sampel biopsi.

“Sel ini akan dianalisis ketika melakukan proses IVF atau ketika ia dibekukan. Dalam keadaan pembekuan sel ini, kita mempunyai lebih banyak masa untuk menganalis­is embrio yang memiliki kromosom yang abnormal.

“Embrio yang dihasilkan melalui IVF ada sekurangku­rangnya 40 hingga 80 peratus peluang untuk mempunyai kelainan pada kromosom.

“Keabnormal­an kromosom ini biasanya boleh menghalang perkembang­an embrio implan, seterusnya mengakibat­kan keguguran dan dalam beberapa keadaan, bayi yang bakal dilahirkan mengalami Sindrom Down ataupun keadaan lain,” katanya.

Dr Santiago berkata, usia adalah penanda ukuran bagi wanita yang ingin melakukan PGT, namun terdapat beberapa situasi merangkumi pesakit yang berulang-kali mengalami keguguran meskipun berusia ideal.

Jelasnya, secara fizikal ovari pesakit ini (keguguran berkali-kali) lebih ‘tua’ dan risiko untuk menghasilk­an banyak kromosom abnormal lebih tinggi jika dibandingk­an dengan wanita lain yang sebaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR Santiago
DR Santiago

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia