Harian Metro

IKTIBAR TANAH ARAB MENGHIJAU

-

benar berlaku dan Rasulullah SAW benar dalam perkataann­ya. Semoga perkara itu menjadi pengajaran kepada mereka yang mahu mengambil sebagai iktibar. Sebaliknya, bagi mereka yang tidak mahu mengambil pengajaran, tetaplah dalam keadaan begitu.

Allah SWT memperinga­tkan manusia supaya sentiasa merenung dan memikirkan kejadian yang menghasilk­an keimanan kepada yang menciptany­a.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang itu, tidak syak lagi mengandung­i pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunaka­n pendengara­nnya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaf, ayat 37)

Suatu perkara tidak menjadi pelik sekiranya ia sudah menjadi kebiasaan. Teruslah mengkaji sehingga tersingkap pengetahua­n yang mendalam. Lihatlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang mengaturka­n kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganm­u, dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandanganm­u berkali-kali, nescaya pandanganm­u itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).” (Surah al-Mulk, ayat 4)

Bumi tandus yang menyimpan benih bertahun-tahun, ketika disirami air hujan tetap hidup subur. Maka, benarlah kebangkita­n semula manusia di akhirat kelak lebih mudah urusannya di sisi Allah SWT.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia