Harian Metro

KOD QR DISIPLINKA­N PELAJAR

-

Kuala Lumpur: Sebuah sekolah menengah berjaya mengurangk­an masalah disiplin 56 peratus dalam tempoh setahun dengan bantuan teknologi.

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi, Selangor berjaya membuktika­n penggunaan kod respons pantas (QR) mampu meningkatk­an disiplin dalam kalangan pelajar, sekali gus melahirkan individu yang mengejar kebaikan terutama apabila berada dalam sesi persekolah­an.

Sekolah terbabit menggunaka­n sistem

StudentQR Points yang dibangunka­n syarikat tempatan membolehka­n guru memberi merit atau markah berdasarka­n sikap positif pelajar di sekolah menggunaka­n imbasan kod QR yang dipasang pada kad pengenalan (ID) pelajar.

Guru Besarnya Ahmad Fadhli Mohd Faudzi berkata, sistem terbabit berjaya bukan saja mengurangk­an masalah disiplin malah meningkatk­an prestasi pelajar beliau dengan mendadak.

“Apabila didorong teknologi yang boleh dikatakan ‘makanan’ kepada remaja, saya boleh lihat masalah disiplin berkurang sehingga 56 peratus.

“Selepas mengurangk­an masalah disiplin, kami berjaya meningkatk­an prestasi akademik dan akhlak pelajar sehingga 75 peratus berbanding sebelum adanya sistem terbabit sebelum ini,” katanya.

Ahmad Fadhli berkata, sistem terbabit juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk memantau anak mereka secara langsung.

“Prestasi pelajar dimasukkan dalam sistem ini secara masa sebenar dan ibu bapa mampu memantau daripada telefon mereka sendiri,” katanya.

Katanya, pelajar pula berlumba-lumba membuat kebaikan dan semuanya direkodkan dengan kemas.

Pelajar, Muhammad

Naufal, 16, memaklumka­n, sebelum adanya sistem terbabit, perasaan malas untuk berbuat kebaikan ada namun ia berjaya diatasi dengan aplikasi mengimbas kod StudentsQR Points.

“Mungkin ada yang kata seolah-olah kami macam tak ikhlas, tapi ia permulaan yang bagus kerana kita berlumba-lumba mengatasi rakan lain untuk mendapat markah.

“Selepas sekian lama, ikhlas itu datang sendiri kemudian selepas kerap membuat kebaikan,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Muhd Raziq, 16, memberitah­u sistem ini menjadikan dia lebih rajin kerana harus bersaing dengan rakan untuk mendapatka­n lebih banyak markah daripada guru.

Katanya, sistem terbabit berfungsi apabila kad pelajar yang akan digunakan sebagai pengumpul merit selepas aktiviti berlandask­an kebaikan dilakukan.

“Misalnya, selepas saya membantu guru, beliau akan mengimbas kad pelajar saya dan memberikan markah tertentu yang pastinya memberi galakan untuk terus berbuat kebajikan,” kata Muhd Raziq.

Pengasas sistem terbabit, Syed Huzaifah Syed Omar berkata, antara merit atau

point khas seakan memperoleh mata ganjaran ketika mengisi petrol dan sebagainya itu boleh diberikan kepada pelajar termasuk apabila pelajar terbabit membantu guru, datang awal ke sekolah, gotong-royong, menghantar kerja rumah, membaca al-Quran dan sebagainya.

“Semua merit dan jumlah markah ditentukan sendiri pihak sekolah malah bebanan guru pula kini lebih ringan apabila mereka hanya perlu mengisi kehadiran dan rekod pelajar dengan lebih pantas tanpa perlu menyalin semula daripada kertas ke komputer di pejabat,” katanya.

“Prestasi pelajar dimasukkan dalam sistem ini secara masa sebenar dan ibu bapa mampu memantau daripada telefon mereka sendiri”

Ahmad Fadhli

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGGUNAAN sistem StudentQR Points meningkatk­an prestasi pelajar.
PENGGUNAAN sistem StudentQR Points meningkatk­an prestasi pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia