Harian Metro

10 tahun pandu Ferrari haram

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

 Kereta mewah tiada cukai jalan sejak sekian lama dikesan dalam Op Khas Bersepadu Genting

Sebuah kereta mewah jenama Ferrari yang cukai jalannya sudah tamat tempoh tempoh sejak 10 tahun lalu dikesan dalam Op Khas Bersepadu Genting di Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Karak di sini, kelmarin.

Selain itu, kenderaan itu juga didapati menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i yang ditetapkan dan juga diubah suai tanpa kebenaran.

Berikutan itu, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengeluark­an saman dan notis kepada pemiliknya untuk menjalani pemeriksaa­n.

Operasi itu diadakan selama dua hari bermula pagi kelmarin di dua lokasi iaitu di Plaza Tol Gombak dan Jalan Batang Kali-Genting diadakan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman dan Selangor, JPJ serta kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua JSPT Selangor Superinten­dan Azman Shariat berkata, operasi berkenaan memberi tumpuan terhadap kenderaan membabitka­n kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang dikesan menjadikan lebuh raya berkenaan sebagai litar lumba untuk melepaskan gian ketika hujung minggu.

Menurutnya, pihaknya terima maklumat bahawa lebuh raya berkenaan sering digunakan sebagai tempat untuk menguji jentera bagi pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah atau

yang dilihat boleh membahayak­an keselamata­n pemandu lain selain menyumbang kepada jumlah kemalangan.

“Golongan ini dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik lain, antara kesalahan sering dilakukan adalah lesen memandu tidak mengikut kelas kenderaan, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh seperti kesalahan yang dilakukan pemilik Ferrari,” katanya.

Menurut Azman, pihaknya mengeluark­an sebanyak 355 saman membabitka­n pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 94 saman membabitka­n kesalahan berkaitan lesen memandu, nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i (90), kesalahan membabitka­n cukai jalan sebanyak (54), tiada cermin sisi (31), kesalahan tali pinggang keledar (12), lesen P dan L (15), menggunaka­n lorong kecemasan (6) serta 49 kerana lain-lain kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, sebahagian daripada saman yang dikeluarka­n itu dikenakan terhadap pemilik dan pengguna motosikal berkuasa tinggi serta kereta mewah yang dikesan ‘tidak cukup sifat.’

“Dalam operasi ini juga, kami menahan lapan lelaki kerana kesalahan membabitka­n dadah, memandu secara berbahaya, memandu di bawah pengaruh alkohol dan menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Seorang wanita Vietnam juga ditahan kerana gagal menunjukka­n dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak JPJ pula mengeluark­an 217 saman membabitka­n pelbagai kesalahan, manakala AADK melakukan ujian air kencing terhadap 75 individu dan 16 daripada mereka ditahan selepas didapati positif dadah,” katanya.

 ?? Azman ?? ANGGOTA polis membuat sekatan jalan raya dalam Op Khas Bersepadu Genting.
Dalam operasi ini juga, kami menahan lapan lelaki kerana kesalahan membabitka­n dadah, memandu secara berbahaya, memandu di bawah pengaruh alkohol dan menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu”
Azman ANGGOTA polis membuat sekatan jalan raya dalam Op Khas Bersepadu Genting. Dalam operasi ini juga, kami menahan lapan lelaki kerana kesalahan membabitka­n dadah, memandu secara berbahaya, memandu di bawah pengaruh alkohol dan menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu”
 ??  ?? ANGGOTA polis trafik melakukan pemeriksaa­n pada Op Khas Bersepadu Genting.
ANGGOTA polis trafik melakukan pemeriksaa­n pada Op Khas Bersepadu Genting.
 ??  ?? DUA penunggang motosikal menyerahka­n lesen memandu untuk diperiksa anggota polis.
DUA penunggang motosikal menyerahka­n lesen memandu untuk diperiksa anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia