Harian Metro

Masih kawan dengan Zizan

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

 Mira Filzah nafi ‘unfollow’ Instagram pelawak namun rapat dengan Remy atas dasar profesiona­l

Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah menafikan dia sudah tidak menjadi pengikut Instagram pelawak dan pelakon yang dikatakan kekasihnya, Zizan Razak apabila dia kini rapat dengan pelakon popular Remy Ishak.

Mira, 25, berkata, tidak timbul isu dia

Zizan kerana dia masih berkawan dengan Zizan dan hubungan mereka masih baik.

“Mana ada saya

Zizan. Tak ada apa-apa. Saya dan Zizan masih berkawan dan tak ada apa pun yang berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan dengan Remy yang dikatakan makin rapat, Mira berkata, mereka sudah diganding berlakon bersama sejak Jun lalu.

“Gandingan pertama kami menerusi filem Sangkar dan filem Rise: Ini Kalilah. Kemudian, kami berlakon kali ketiga dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan keempat,

Pujaan Hati Kanda.

“Kami tidak bercinta, tapi memang berkawan kerana perlu bekerjasam­a. Lagi pun, macam mana nak bekerjasam­a kalau tidak berkawan.

“Mungkin dengan hubungan kawan itu, kita jadi selesa untuk bekerjasam­a. Itu saja, memang tak ada apa-apa pun. Nak kata rapat pun, tidak. Hubungan kami hanya sekadar rakan sekerja di satu tempat.

Itu saja dan tidak ada lebih-lebih pun,” katanya.

Ditanya juga mengenai perwatakan diri Remy yang boleh dilabel seorang yang serius, Mira mengakuiny­a.

“Betul, Remy seorang yang serius ketika bekerja. Dia komited dan profesiona­l. Namun selepas penggambar­an dia juga sangat mesra,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia