Harian Metro

Kasut hitam jadi pilihan

- Mohamad Ridzuan Mohd Anwar dan Siti Nurzawani Miscon cnews@nstp.com.my

 Ibu bapa ‘belanja besar’ buat persiapan persekolah­an anak-anak

Kasut hitam menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolah­an 2019 untuk anak masing-masing.

Walaupun ada ibu bapa yang membeli kasut putih, kasut hitam lebih menjadi pilihan kerana berpendapa­t ia memudahkan penjagaan.

Selain membawa anak-anak mencuba kasut baharu di pasar raya atau kedai sempena hujung minggu semalam, ibu bapa juga sibuk membeli kelengkapa­n lain seperti pakaian seragam, beg dan alat tulis.

Tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam mendapati ibu bapa membelanja­kan di antara RM200 hingga RM1,000 seorang bagi menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anak masing-masing.

Kos persiapan kelengkapa­n terbabit agak subjektif kerana ia bergantung kepada kualiti dan jenama produk yang dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Anggota polis, Fadli Abdul Rahman, 36, menghargai langkah Kementeria­n Pendidikan membenarka­n penggunaan kasut hitam oleh untuk semua pelajar kerana memudahkan penjagaan.

“Walaupun mempunyai seorang anak yang baru di tahun tiga, saya memperuntu­kkan kira-kira RM1,000 untuk menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­annya untuk tahun depan,” katanya.

Guru, Nik Nurul Azlina Nik Mat Daud, 39, mengakui ibu bapa menyambut baik usaha Kementeria­n Pendidikan melaksanak­an pemakaian kasut hitam kepada pelajar mulai sesi persekolah­an akan datang.

“Saya berpendapa­t lebih baik mereka memakai kasut hitam kerana memudahkan penjagaan serta menjimatka­n apabila tidak perlu membeli kapur bagi memutihkan kasut.

“Tahun ini, saya membelanja­kan kira-kira RM200 bagi setiap seorang anak yang masih di bangku sekolah,” katanya yang juga ibu kepada tiga anak.

Pesara, Omar Md Akhir, 64, yang menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an untuk seorang cucunya yang akan memasuki tahun empat menyokong penggunaan kasut hitam yang dibenarkan oleh Kementeria­n Pendidikan, tetapi mengharapk­an spesifikas­inya diselarask­an.

Pengurus Stor Bata Malaysia (Bata) cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Cheng Kawoh, berkata, sambutan yang diterima pihaknya daripada ibu bapa sangat baik apabila hampir 80 peratus stok sudah dijual.

Beliau berkata, Bata juga menawarkan potongan harga kepada pelanggan yang masih membeli kasut putih menerusi jualan penghabisa­n stok.

“Kami juga mengingatk­an ibu bapa mengenai pemakaian kasut hitam tidak dilaksanak­an serta-merta sebaliknya akan berkuat kuasa pada 2021,” katanya.

 ??  ?? NIK Nurul Azlina memakaikan kasut sekolah warna hitam kepada anaknya.
KANAK-KANAK mencuba kasut sekolah berwarna hitam sambil diperhatik­an ibu bapa.
NIK Nurul Azlina memakaikan kasut sekolah warna hitam kepada anaknya. KANAK-KANAK mencuba kasut sekolah berwarna hitam sambil diperhatik­an ibu bapa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia