Harian Metro

‘Saya dah penat menunggu’

-

Kuala Lumpur: “Saya tidak fikirkan pun mengenai pampasan. Apa yang selalu bermain di fikiran ialah bilakah kerajaan hendak mendedahka­n cerita sebenar tragedi MH370?” kata Intan Maizura Othman, 37, isteri kepada pramugara Penerbanga­n Malaysia, Mohd Hazrin Hasnan, salah seorang mangsa dalam kejadian kehilangan pesawat terbabit.

Menurutnya, sebagai umat Islam, dia reda dengan insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 tetapi hak untuk diberikan penjelasan cerita sebenar di sebalik tragedi itu perlu dilakukan oleh pihak berwajib.

“Kami nak tahu pihak mana yang berkomplot. Di mana pesawat dan semua mangsa berkenaan? Saya secara peribadi tentunya mahu tahu mayat suami saya ada di mana? Begitu juga waris lain.

“Ikut logik sains dan tahun ini juga kita dapat lihat fakta sekiranya pesawat terhempas di laut, tentulah ada serpihan yang timbul namun perkara ini tiada dalam kes MH370.

“Sudah penat sebenarnya menunggu perkara sebenar didedahkan. Kami tak berminat pun mengenai pampasan, kami hanya ingin tahu bilakah kerajaan mahu keluarkan cerita sebenar mengenai tragedi MH370,” katanya.

Sementara itu, Selamat Omar, 63, bapa penumpang pesawat berkenaan, Mohd Khairul Amri turut mengharapk­an kerajaan mendedahka­n perkara sebenar insiden itu.

“Apapun kita mengharapk­an kerajaan dedahkan perkara yang betul. Namun kena sabar sebab mungkin juga kerajaan pun tiada maklumat tepat mengenai insiden MH370.

“Carilah lagi maklumat terbaru dan dedahkanla­h kepada kami. Pandangan peribadi susah nak jangka, apa jadi pada bangkai pesawat dan semua mangsa, penggalian fakta hanya boleh dilaksanak­an dengan campur tangan serta kemahuan politik,” katanya.

 ??  ?? SELAMAT menunjukka­n gambar anaknya Mohd Khairul Amri antara mangsa
nahas pesawat MH370.
SELAMAT menunjukka­n gambar anaknya Mohd Khairul Amri antara mangsa nahas pesawat MH370.
 ??  ?? INTAN
INTAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia