Harian Metro

Agih RM1.4 juta bantu pelarian Sambut 3 menantu

-

Lebih RM1.4 juta disumbangk­an pertubuhan kemanusiaa­n Malaysia, Syria Care sepanjang 11 hari Misi Kemanusiaa­n Bantuan Musim Sejuk Syria Care

7.0 bagi membantu pelarian Syria.

Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, ia disumbangk­an di tiga negara sepanjang misi itu di Lubnan, Syria serta Turki.

“Alhamdulil­lah... menerusi misi ini kita berjaya mengagihka­n hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada pelarian Syria yang memang berada dalam keadaan terdesak dan sangat memerlukan bantuan,” katanya.

Katanya, Syria Care berharap lebih ramai rakyat di Malaysia dapat tampil memberi sumbangan agar bantuan dapat diperluask­an lagi.

Orang ramai yang ingin membantu meringanka­n penderitaa­n penduduk Syria boleh berbuat demikian dengan menyumbang kepada akaun RHB, 2622 5000 0217 75 atas nama Syria Care atau akaun CIMB, 8601 8945 60 dan akaun Maybank, 5621 0665 3575.

“Bukan setakat lebih menjimatka­n, malah majlis diadakan serentak seperti ini membuatkan­nya lebih meriah,” kata Mahmood Darmin, 73, yang meraikan majlis perkahwina­n tiga anak lelakinya secara serentak di FELDA Bukit Tongkat, dekat sini, semalam.

Mahmood berkata, majlis itu membabitka­n anak keduanya, Mohd Mahadi, 36, yang bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama pasanganny­a, Fazatul Shafiqah Mohd Afendi, 22, dan anak kelima yang juga anggota tentera dari Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Mohamad Rahmat, 31, dengan pasanganny­a, Nabilah Jailani, 30.

Katanya, majlis itu turut meraikan perkahwina­n anak lelaki ketujuhnya yang bekerja di syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mohamad Khuzairi, 25, dengan pasangan Nurfazira Panun, 22.

Menurutnya, ketiga-tiga anak lelakinya sudah menjalanka­n acara akad nikah dan majlis di pihak perempuan pada 10 November, 8 Disember dan Jumaat lalu sebelum dia memutuskan membuat majlis menyambut menantu secara serentak semalam.

“Daripada tiga pernikahan dalam tempoh dua bulan ini, timbul idea untuk menyambut kedatangan menantu secara serentak dan ia mendapat sokongan anak apatah lagi mendapati majlis seumpama ini lebih menjimatka­n perbelanja­an,” katanya ketika ditemui sebaik majlis berakhir.

Mahmood berkata, bukan untuk bermegah-megah kerana

 Bapa adakan majlis kahwin tiga anak lelaki serentak dipuji

dapat menyambut tiga menantu serentak namun apa dilakukan lebih kepada usaha berjimat cermat apatah lagi dengan keadaan kos perbelanja­an semakin meningkat sekarang ini.

“Kami sekeluarga amat gembira dengan majlis ini terutama sekali ia dilaksanak­an hasil gotong-royong bersama peneroka di FELDA Bukit Tongkat ini bagi memastikan­nya dilangsung­kan tanpa memerlukan perbelanja­an besar.

Sementara itu, Mohamad Khuzairi melahirkan ucapan terima kasih kepada keluargany­a kerana melangsung­kan satu majlis yang amat meriah dan menjadi sejarah hidup yang tidak akan dilupakan.

“Saya dan pasangan tidak menyangka dengan penganjura­n majlis secara serentak ini membuatkan­nya terlalu meriah, malah tetamu juga memuji tindakan ayah dan ibu, Hamidah Saring, 62, sebagai majlis yang terbaik,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN Mohd Mahadi dan Fazatul Shafiqah (tengah), Mohamad Rahmat dan Nabilah (kiri) serta Mohamad Khuzairi dan Nurfazira.
PASANGAN Mohd Mahadi dan Fazatul Shafiqah (tengah), Mohamad Rahmat dan Nabilah (kiri) serta Mohamad Khuzairi dan Nurfazira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia