Harian Metro

Bisikan maksiat awal pagi

-

Baling: Suara bisikan pada awal pagi di sebuah rumah di Kampung Landak Hilir, Kupang, membongkar hubungan intim dua pelajar bawah umur.

Dalam kejadian 4.30 pagi, remaja lelaki berusia 15 tahun berasal dari Kampung Keledang, menceroboh rumah kekasihnya berusia 14 tahun, ketika ahli keluarga perempuan itu tidur.

Ketua Polis Daerah Baling Superitend­en Shariffudd­in Yusuf berkata, kejadian bagaimanap­un disedari kakak mangsa yang terdengar suara lelaki dari arah bilik adiknya, sebelum dia memaklumka­n perkara itu kepada ahli keluarga lain.

Katanya, ibu mangsa yang kemudian melakukan pemeriksaa­n terkejut melihat anak gadisnya berdua-duaan di dalam bilik bersama suspek yang turut dikenali keluarga terbabit.

“Suspek yang disergah kemudian melarikan diri melalui pintu belakang rumah mangsa sebelum laporan mengenai kejadian dibuat keluarga remaja perempuan di Balai Polis Kupang pagi semalam (kelmarin).

“Berikutan itu, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Tawar pada jam 12.20 tengah hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol bawah umur,” katanya.

Difahamkan, suspek yang menceroboh rumah mangsa antara jam 2.30 hingga 4 pagi merogol remaja itu dua kali sebelum perbuatan mereka disedari.

Shariffudd­in berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa mengenali suspek sejak dua tahun lalu.

“Mangsa kemudian dihantar keluargany­a ke Hospital Baling (HB) sebelum dia dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia