Harian Metro

Tak sabar pulang ke rumah

-

“Alhamdulil­lah nampok pecoh panas doh tu (nampak matahari keluar dah tu), mok cik nok balik ah (mak cik mahu pulang),” kata Che

Wan Minah Che Wan Isa, 74, ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Kampung Besul Lama, di sini, semalam.

Kampung itu dilanda banjir sejak kelmarin selepas hujan berterusan selama tiga hari, sekali gus menyebabka­n Che Wan Minah bersama 32 penduduk lagi berpindah ke PPS.

Menurutnya, dia dan penduduk kampung sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing terutama selepas dimaklumka­n air semakin surut, pagi semalam.

Katanya, dia hendak melihat rumahnya dan membasuh kekotoran apatah lagi, sebelum kejadian dia tidak sempat memindahka­n barangan rumah ke tempat selamat.

“Mujurlah ayam sempat diselamatk­an dan sudah pindahkan ke tempat lain,” katanya yang tinggal bersama cucu perempuan berusia 24 tahun.

Che Wan Minah berkata, dia juga bimbang binatang berbisa seperti ular dan lipan ‘menumpang’ rumahnya sepanjang banjir itu.

Katanya, ketika banjir pada 5 Disember lalu, rumahnya dipenuhi lipan dan berharap banjir kali ini tidak berkeadaan serupa.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi,Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya memantau keperluan mangsa banjir dan mereka dipindahka­n apabila keadaan benar-benar selamat.

 ??  ?? CHE Wan Minah (kanan) bersama mangsa banjir yang lain berkongsi makanan di Pusat Pemindahan Bencana Surau Kampung Besol Lama.
CHE Wan Minah (kanan) bersama mangsa banjir yang lain berkongsi makanan di Pusat Pemindahan Bencana Surau Kampung Besol Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia