Harian Metro

Pukat ikan setiap kali banjir tiba

-

Rantau Panjang: Limpahan air sungai dekat Kampung Gual Kok Batu di sini, yang menyebabka­n banjir di kampung itu turut mendatangk­an keseronoka­n kepada sekumpulan remaja untuk memukat ikan.

Aktiviti itu sudah menjadi tarikan penduduk kampung setiap kali banjir, namun hanya ketika permulaan musim dan penghujung kerana arus yang tidak terlalu deras serta tenang.

Che Mohd Amirul Che Abdul Aziz, 13, berkata, dia dan rakannya gemar memukat ikan ketika banjir namun memilih kawasan sawah dan anak sungai sambil dipantau ahli keluarga mereka yang lebih dewasa.

“Kami pasang pukat dengan harapan ikan yang sangkut boleh dijual atau dimakan bersama keluarga.

“Jika bernasib baik, dapatlah bawa pulang ikan seperti puyu, limbat, toman dan haruan. Biasanya ikan ini kami buat makan tetapi jika banyak serta dapat permintaan, boleh dijual.

“Tempoh awal banjir begini, air limpahan tidaklah terlalu dalam, jadi masih selamat untuk kami. Jika banjir semakin buruk, memang tak memukat dah,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, di sini.

Che Mohd Amirul yang juga anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia akan memasang pukat pada awal pagi dan kembali melihat pukatnya pada waktu petang.

“Saya belajar memukat daripada ayah, (Che Abdul Aziz Che Ibrahim, 49) yang aktif mencari ikan ketika musim tengkujuh. Dulu sewaktu kecil saya selalu teman dia dan melihat cara memukat serta belajar daripadany­a.

“Nasib baik musim banjir berlaku biasanya pada waktu cuti sekolah, jadi saya dan rakan sekampung dapat menghabisk­an masa mencari ikan sambil main air banjir,” katanya.

 ??  ?? SEORANG remaja memasang pukat ikan di saluran air berikutan limpahan Sungai Golok di Kampung Jeram Perdah.
SEORANG remaja memasang pukat ikan di saluran air berikutan limpahan Sungai Golok di Kampung Jeram Perdah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia