Harian Metro

Halawiyat al-Mouleid

-

Antara perkara yang menarik Maulidul Rasul di Mesir adalah Halawiyat el-Mouleid iaitu gula-gula maulud. Manisan ini hanya dihasilkan dan dijual beberapa minggu menjelang sambutan Maulidul Rasul. Pelbagai jenis manisan dihasilkan di antaranya ada yang mengandung­i kacang, jeli mahupun gula saja.

Di antara gula-gula yang popular semasa Maulidul Rasul adalah yang berbentuk pengantin perempuan, al-Arosa serta kuda Al-Hossan daripada tradisi Islam. Manisan itu diperbuat daripada gula, air, garam dan lemon yang dituangkan ke dalam acuan dan dibekukan. Pakar sejarah berkata, patung pengantin perempuan dan kuda itu muncul pada zaman Al-Hakim bi-Amr Allah, salah seorang pemerintah Mesir pada era Fatimid, di mana perkahwina­n sering diadakan ketika sambutan itu. Harga 1 kilogram gula-gula pengantin dan kuda ini antara LE25 hingga LE75 (RM6.25 hingga RM18.75) bergantung kepada berat, saiz dan kualiti.

Manisan ini sering dihidangka­n sewaktu Maulidul Rasul dan dinikmati bersama keluarga dan sahabat handai. Keadaan kedai manisan di sekitar Mesir menjelang Maulidul Rasul pasti dipenuhi dengan manusia yang ingin membeli Halawiyat al Mouleid kerana hanya boleh didapati setahun sekali.

Akhir kata, walau bagaimana cara kita menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW janganlah kita melampaui batas mahupun melanggar suruhan Allah. Maka, selaku umat Nabi Muhammad SAW hendaklah menunjukka­n rasa cinta kita kepada kekasih Allah ini bukan saja pada bulan kelahiran baginda bahkan setiap saat dan detik kita perlu mengingati baginda dengan berselawat dan mengikuti setiap sunnah baginda dalam kehidupan harian kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Insya-Allah.

Penulis Pelajar Universiti Alexandria

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia