Harian Metro

Abdullah nama paling disukai Allah

-

bentuk syirik atau seperti yang dinyatakan di atas, hukumnya adalah dibolehkan. Itulah pendapat kebanyakan fuqaha’.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abd al-Rahman.” (Riwayat Muslim (6/169), Abu Daud (2/307), al-Tirmizi (4/29), al-Nasa’ie - 2/119, Ibn Majah 2/404, al-Darimi - 2/294, Ahmad - 4774 dan al-Hakim - 4/274)

Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: “Ahli fiqh tidak melarang perihal apa yang saya ketahui sebagai menamakan anak dengan nama-nama bukan Arab selagi maknanya adalah baik dari segi bahasa.

Ramai Muslim mengekalka­n nama orang bukan Arab untuk kaum lelaki dan wanita selepas keislaman mereka walaupun mereka berada dalam kehidupan dan budaya orang Arab.

Nama yang menyerupai nama sedemikian adalah Mariyyah al-Qibtiyyah, ibu kepada Ibrahim dan putera kepada Nabi SAW yang dikenali sebagai nama al-Qibti al-Misri.

Ada juga sahabat dan tabi’in nama mereka berasal daripada nama tumbuhan. Contohnya, Talhah (pohon Talha), Salmah (pohon Salma) dan Handzalah (pohon yang buahnya begitu pahit).

Ataupun nama haiwan dan burung seperi asad (singa), fahd (harimau bintang), haitham (singa padang pasir), dan saqr (burung helang). Selain itu, nama ciptaan yang keras atau benda semula jadi seperti bahr (laut), jabal (bukit) dan sakhar (batu besar).

Nama berbentuk sifat yang diambil daripada makna asal. Contohnya, ‘Amir (yang panjang umur), Salim (yang sejahtera), Umar (yang mempunyai umur yang panjang), Said (yang bahagia), Fatimah (yang dipisahkan daripada susuan), Aisyah (yang hidup), Safiyyah (yang bersih) dan Maimunah (yang dipercayai).

Seterusnya, nama orang terdahulu di mana antara mereka menjadi ikutan berdasarka­n jejak hidup mereka dalam kalangan nabi, orang-orang soleh dan solehah seperti Ibrahim, Ismail, Yusuf, Musa dan Maryam.

Berdasarka­n rangkuman panduan itu, seorang Muslim dibenarkan menamakan anak lelaki atau perempuan sama ada dengan nama Arab atau nama bukan Arab. (Lihat Fatawa Mu’asirah, 2/404-405)

Walau bagaimanap­un, kami cadangkan berilah nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik serta ada harapan dan doa untuk anak yang kita namakan itu.

Disarankan juga nama yang diberikan iu berbeza daripada nama bukan Islam. Begitu juga penggunaan bin atau binti amat patut dikekalkan.

Ini sesuai dengan budaya yang kita fahami sejak sekian lama. Tujuannya supaya tidak menimbulka­n sebarang persoalan seseorang itu Islam atau tidak.

Dengan hanya disebut nama, maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya.

Semoga Allah SWT jadikan zuriat kita penuh dengan ketakwaan, soleh dan solehah.

Sumber: Al-Kafi li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia